Friday, November 12, 2004

Elder Philip Cheng : Dalam kenangan

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Agora blog)
Pada lewat petang hari Ahad (7th November 2004), Tuhan Yesus telah memanggil Elder Philip Cheng pulang untuk bersamaNya untuk selama-lamanya. Elder Philip memasuki ke dalam hadirat Raja kemuliaan yang mendiang telah melayaniNya serta mengasihiNya sewaktu mendiang masih hidup. Walaupun dalam saat-saat yang tidak diduganya yang mendiang dipanggil oleh Tuhan, mendiang masih melayani Tuhan dengan bersungguh-sungguh. Kini mendiang berada di kota Tuhan yang indah.

Sewaktu dalam upacara peringatan yang dilangsungkan selama dua hari, banyak kesaksian telah disampaikan. Kesaksian ini mengingatkan kembali memori di mana mendiang telah membantu ramai orang. Mendiang serta ahli-ahli dalam kumpulan sel (cell group) memenangi jiwa-jiwa untuk Yesus. Mendiang banyak menasihati baik ahli-ahlinya serta anak-anaknya agar mereka memfokuskan diri pada Tuhan. Selain itu, mendiang juga menjaga mereka seperti seorang ayah yang menyayangi anaknya sendiri. Mendiang berusaha dengan sungguh-sungguh untuk melayani Tuhan. Kita dapat melihat banyak kehidupan telah berubah pada kebaikkan. Mendiang memuliakan Tuhan dengan melayani ahli-ahli dalam apa jua cara yang terbaik. Selain itu, mendiang memastikan yang alat penghawa dingin dalam gereja kita itu berfungsi dengan baik agar jemaat-jemaat CDPC dapat menyembah Tuhan dengan selesa. Rasa rendah dirinya serta kasih sayang pada Tuhan Yesus dan orang lain mencerminkan imannya dalam Yesus Kristus yang mengasihinya. Mendiang mengenal Tuhan serta kasihNya. Mendiang berusaha dengan bersungguh-sungguh menggunakan bakatnya serta kerjasama dari ahli-ahli kumpulan selnya untuk memberitakan Injil kepada kawan-kawan mereka yang masih belum kenal atau menerima Yesus sebagai Juruselamat.

Dalam upacara peringatan, ahli-ahli kumpulan selnya menyanyikan lagu dalam Bahasa Inggeris "What A friend we have in Jesus" atau dalam bahasa Melayu, Yesus ada sahabat kita. Lagu ini mengingatkan kita semua bahawa kawan setia kita ialah Yesus. Yesuslah yang mengasihi kita serta berdoa untuk kebaikkan kita. Yesuslah yang menjadi kawan dalam masa kita bergembira dan juga dalam kesusahan. Yesus pun berdoa untuk kita sebagai perantara dengan manusia dengan Tuhan. Ciri-ciri Yesus ini diterap dalam personaliti mendiang. Mendiang mencerminkan sifat-sifat Yesus itu dengan menjadi sahabat yang baik kepada ahl-ahli dalam selnya.

Banyak teladan yang boleh kita mencontohi. Seperti yang dalam Alkitab Roma 12:1 yang berbunyi, "Saudara-saudaraku! Kerana Allah sangat baik kepada kita, aku mengesa kamu supaya mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup yang khas untuk Allah dan yang menyenangkan hatiNya. Demikianlah seharusnya kamu beribadat kepada Allah". Jelas ayat ini menyeru agar unat Kristian untuk mepersembah diri kita sebagai korban hidup dengan melayani Tuhan. Nyawa Kritus yang diberikan kepada kita itu, kita berhutang kepadaNya. Oleh itu haruslah kita kerana nyawaNya yang diberikan kepada kita itu dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang menyenangkan Tuhan. Kerja-kerja ini untuk Tuhan dan juga untuk jiran-jiran kita. Kita diberi amanat untuk membantu dan mengasihi kawan kita. Itulah ibadat kita. Saya percaya kehidupan mendiang Elder Philip merupakan korban yang hidup yang akan terus bersaksi dalam keluarganya, isterinya, anak-anakya, cucu cicitnya serta jemaat CDPC. Mendiang telah merima pujian dari Tuhannya yang berkata, "Syabas! Kaulah hambaKu yang baik dan setia. Masuklah (ke dalam syurga) dan bersukacitalah bersama-samaKu"

Semoga contoh serta teladan yang ditinggalkan oleh mendiang menjadi dorongan kepada yang masih hidup untuk melayani Tuhan dengan bersungguh. Hanya Tuhan yang tahu tempoh tinggal kita di bumi. Marilah kita berusaha dengan bersungguh untuk kemuliaan Tuhan kerana kasih Tuhan kepada kita itu amatlah besar.
Saya mengakhiri artikel pendek ini dengan sebuah lagu yang digubal oleh Fanny Crosby yang berjudul "To the work". Hayatilah lagu ini dan bacalah isi kandungan ini. Jika anda mengenali Fanny Crosby, anda sudah tentu berasa kagum dengannya. Semoga anda diberkati selalu.

To The Work
To the work! To the work!
We are servants of God;
Let us follow the path that our Master has trod;
With the balm of His counsel our strength to renew,
Let us do with our might what our hands find to do.
Refrain
Toiling on, toiling on,
Toiling on, toiling on,
Let us hope and trust,
Let us watch and pray,
And labor till the Master comes.

To the work! To the work! Let the hungry be fed;
To the fountain of life let the weary be led;
In the cross and its banner our glory shall be,
While we herald the tidings, “Salvation is free!”
Refrain
To the work! To the work! There is labor for all;
For the kingdom of darkness and error shall fall;
And the love of our Father exalted shall be,
In the loud swelling chorus, “Salvation is free!”
Refrain
To the work! To the work! In the strength of the Lord,
And a robe and a crown shall our labor reward,
When the home of the faithful our dwelling shall be,
And we shout with the ransomed, “Salvation is free!”
Refrain