Tuesday, December 21, 2004

Poligami : Adakah dibenarkan dalam Kristian?

Jawapan untuk soalan di atas ialah TIDAK. Seorang Kristian yang telah berkahwin, tidak boleh berkahwin dengan yang lain selagi pasangannya masih hidup. Begitu juga dengan mencari pelacur serta menyimpan perempuan simpanan seperti kita lihat di dunia barat serta timur.

Dalam kitab Perjanjian Lama, memang ada direkodkan bahawa segelintir nabi mempunyai lebih dari satu isteri. Walaupun hukum Taurat tidak tertulis bahawa larangnya seseorang mempunyai dua isteri dalam masa sama, tetapi ini bukanlah suatu tindakan yang Tuhan gembira atau berkenaan. Sebabnya ia tidak termasuk dalam penciptaan asal Tuhan.

Abraham tidak mempunyai dua isteri dalam waktu yang sama. Abraham mengambil isterinya kedua yang sah (Keturah) selepasnya Sarah meninggal dunia (Kejadian 24:67; 25:1). Memang benar, Sarah pernah menyuruh Abraham untuk menidur dengan orang gajinya, Hajar tetapi mereka tidak pernah jadi suami isteri. Nabi-nabi yang mempuyai satu isteri ialah Adam, Enoch, Nuh, Yusuf, Samuel, Yesaya, Amos, Elijah, Yunus, Hisea, Zakaria dan sebagainya. Bagi Daud dan Sulaiman, pangillan mereka bukanlah sebagai nabi tetapi sebagai raja. Tetapi lihatlah dalam Alkitab akibat perbuatan mereka itu. Keluarga raja Daud berakhir dengan pembunuhan dan pemecahan kerajaannya. Bagi Sulaiman pula, dia menyembah tuhan-tuhan palsu akibat daripada perempuan simpanan yang kafir.

Yesus menerangkan dalam Matius 19:1-10, bahawa Tuhan dalam ciptaan asalnya : satu lelaki, satu perempuan disatukan menjadi satu daging (Kejadian 2:24). Tuhanlah yang menyatukan satu lelaki, satu perempuan. Tuhan tidak mecipta dua perempuan untuk satu lelaki mahupun dua lelaki untuk satu perempuan. Begitu juga Tuhan tidak cipta lelaki untuk lelaki dan perempuan untuk perempuan. Kalau Tuhanlah meredai poligami, sudah tentu Dia ciptakan 2 perempuan untuk Adam.
Dalam Kitab Perjanjian Baru, melihat ikatan suami isteri sebagai pertalian dalam tiga di mana suami dan isteri di bawah Tuhan. Ini adalah sebagai refleksi perhubungan yang rapat yang Tuhan inginkan bersama umatnya seperti ditulis dalam Efesus 5:22-23. Ajaran Kristus memenuhi perjanjian lama yang Tuhan telah turunkan termasuklah keselamatan melalui Kristus, hal-hal lain begitu juga dengan perkahwinan. Dalam AlKitab kita ada dua perjanjian iaitu perjanjian lama serta baru. Ajaran Kristian tidak mengubah apa-apa yang Tuhan telah dirikan atau turunkan dalam perjanjian lama. Yesus pernah berkhutbah di atas bukit, "Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya; tetapi Aku datang supaya semua jaran itu berlaku. Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekalipun di dalam Taurat tidak akan dihapuskan jika semuanya belum berlaku." Matius 5:17-18

Namun perkahwinan serta bujang adalah suatu hikmat daripada Tuhan. Mereka sama taraf disisi Tuhan. Dalam kes-kes orang membujang, kita dapat lihat kekuatan mereka dalam melayani Tuhan dengan sepenuh masa.


11 comments:

Steven Sim said...

With the Creation account as the "terminus ad quo" and the Marriage of Christ and the Church as the "terminus ad quem"; it is clear that divinely-approved marriage is heterosexual-monogamous. The question now becomes: to follow God’s model or Man’s?

Anonymous said...

Poligami adalah perkara yang baik dalam ajaran islam. ianya melindungi hak-hak wanita dan hak-hak nalurinya. hak isteri pertama dan seterusnya adalah sama. bagaimana seorang kristian yang sudah berkahwin tidak mempunyai zuriat? adakah perlu poligami juga? jikalau berpoligami juga, maknanya mengikut ajaran islam la. bagaimana ajaran kristian mengikut ajaran islam? kalau tak pun berpoligami bagaimana nak mendapat zuriat?

Anonymous said...

Apabila Zakariya tidak mempunyai zuriat kerana isterinya tidak dapat mengandung, dia berdoa kepada Allah swt dan Allah swt yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah menyembuhkan isterinya, dan memberkatinya dengan cahaya mata. Zakariya selanjutnya dipuji di dalam Al-Quran (Surah 21:88-89).

Anonymous said...

kalau tak berzuriat, pergilah dapatkan anak angkat daripada beribu-ribu anak yatim piatu...

berikanlah tumpuan kasih sayang dan dedikasi kepada mereka yang memerlukannya. tak payahlah kahwin lagi satu! kahwin lagi satu tidak tentunya akan berzuriat. dalil mance amat lemah.

ingat, tidak berzuriat itu bukanlah satu dalil atau alasan untuk berpoligami.

Unknown said...

Jika kawin 2 dapat anak sendiri macamana pula

Mr.ReD said...

poligami dibenarkan dalam islam kerana nabi nya berpoligami..di dalam alkitab jesus terang2 mengatakan berkahwin hanya satu..baik lelaki ataupun perempuan..ditegaskan disini adalah tuhan kristian x sama dengan tuhan allah islam kerana peselisihan pendapat..dalam erti kata lain agama islam bukanlah agama penyempurna agama yahudi dan kristian melainkan pemula dan penutup agama islam..x ada kena mngena dengan agama taurat.

Mr.ReD said...

setuju!

Mr.ReD said...

setuju!

Unknown said...

Fikiranku singkat dan keliru. Abraham mempunyai isteri dan meniduri hambanya? Selingkuh untuk mendapatkan anak.

Sha said...

Jika individu tersebut sudah bercerai bagaimana pula? Bolehkah dia berkahwin dengan yang lain?

Henbaram said...

Persoalan yang perlu dijawab adalah samada poligami dilarang/berdosa atau tidak. Timbul persoalan dimana nabi nabi berpoligami. Tidak pernah terdapat firman mengatakan melarang poligami.