Sunday, January 16, 2005

Biografi : Fanny Crosby

Salah satu daripada orang yang saya amat hormati adalah Fanny Crosby atau Frances Jane Crosby. Jika anda meminati lagu himne, sudah pasti anda mengenali siapakah beliau.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menulis lebih dari 8500 lagu rohani, banyak di antaranya masih sangat terkenal hingga sekarang. – misalnya Blessed Assurance ('Ku Berbahagia'), Safe in the Arms of Jesus (Selamat Di Tangan Yesus), Pass Me Not, O Gentle Saviour (Mampirlah, dengar doaku), Jesus, Keep Me Near the Cross (Pada Kaki SalibMu). Setiap lagu yang dicipta beliau menandakan kasihnya pada Tuhanya, Yesus Kristus.

Fanny dilahirkan pada 24 March 1820 di Putnam County, New York. Ibu bapanya, John dan Mercy Crosby. Pada bulan Mei 1820, ketika beliau masih berumur enam minggu, ia terkena demam, dan menggangu sistem saraf pada bahagian matanya. Doktornya pada waktu itu berada di luar kota, mengaku sebagai doktor yang mengubati beliau, hingga penglihatannya rosak dan tidak melihat lagi. Orang itu meninggalkan kota karana panik.

Walaubagaimnapun, Fanny tidak pernah merasa dendam pada orang itu. “Tak pernah sesaat pun selama hidup saya yang lebih dari lapan puluh tahun ada kebencian padanya, kerana saya percaya…bahawa Tuhan itu baik… dengan cara itu memberkati saya untuk pekerjaan yang masih boleh saya lakukan.”

Ibu bapanya, orang Kristian yang taat, membesarkan Fanny menjadi anak yang berbahagia dan percaya diri. Beliau dapat mengenakan pakaiannya sendiri, membereskan rambutnya sendiri, dan berbudi perkerti yang mulia. Fanny banyak menghabiskan waktunya dengan memanjat pohon, berkuda, dan menceritakan humor pada teman-temannya.

Nenek Fanny, merupakan orang yang dapat memberikan pengaruh yang besar semasa zaman kanak-kanak beliau. Neneknya yang mengajar beliau akan karya-karya sastera serta cerita-cerita dari AlKitab. Neneknya yang selalu membawa Fanny keluar berjalan-jalan di taman, Fanny dapat meyentuh dan merasai bagaimana bentuk serta rupa daun-daun, pokok-pokok serta haruman bunga.

Seperti kanak-kanak lain yang normal, Fanny memang kehausan ilmu. Pada umurnya sepuluh tahun beliau dapat mengingat sebahagian besar Perjanjian Baru dan lima kitab Perjanjian Lama. Beliau berazam agar dapat belajar seperti kanak-kanak lain. Beliau dan neneknya berdoa, "Tuhan yang Mahabaik, tunjukkan pada saya bagaimana saya dapat belajar seperti anak-anak lain.” Tuhan mengabulkan doa beliau tidak berapa lama kemudian dengan berita yang gembirakan yang dibawa oleh ibunya tentang kesempatan untuk masuk ke Institut Bagi Orang Buta di New York.

Pada tahun itu juga beliau lulus dan menjadi guru. Beliau cenderung dalam penulisan puisi. Ketika umur beliau dua puluh tahun, beliau terkenal di New York dan menjadi rebutan ramai untuk mendendangkan puisi untuk upacara rasmi.

Dalam kemasyhuran beliau, beliau merasa kekosongan dalam hatinya. Lebih-lebih lagi bila pelajar-pelajarr tempat kolejnya mati akibat wabak kolera. Beliau berkata dalam hatinya yang dia belum bersedia untuk mati. Pada 20 November 1850 beliau berlutut di depan jemaat gereja dan memberikan hatinya kepada Yesus. Penulis biografi Basil Miller menceritakan kata-katanya: “Untuk pertama kali saya menyedari bahawa saya telah mencuba memegang dunia di salah satu tangan dan Tuhan di tangan yang lain.”Akhirnya, Tuhan yang diperkenalkan oleh neneknya menjadi nyata baginya.

Puisi-pusi yang dikarang beliau seterusnya menunjukkan perubahan di hatinya diiringi dengan penghasilan lagu-lagu pujian. Pada tahun 1864, beliau bertemu dengan lagu komposer Kristian William Bradbury. Bradbury membuat lagu-lagu bagi puisi-puisi yang dihasilkan oleh Fanny. Mereka berkawan rapat serta berkerja keras. Fanny pernah berkata caranya dia menghasilkan lagu pujian, "Mungkin cara ini kuno, iaitu selalu memulai pekerjaan dengan berdoa, saya tak pernah menuliskan lagu tanpa meminta pada Tuhan untuk menjadi sumber inspirasi saya.”

Beliau pernah diundang oleh orang-orang terkenal seperti Presiden Polk untuk memberkian kesaksian beliau.Pada tahun 1858, Tuhan memberikan padanya seorang yang istimewa dalam kehidupannya, seorang ahli muzik buta Alexander Van Alstyne. Mereka berkahwin selama 44 tahun dan mempunyai seorang anak yang meninggal dunia pada waktu bayi lagi.

Walaupun pada akhir masa-masa hidupnya, Fanny tetap sibuk seperti biasa, bukan hanya dengan menulis lagu. Beliau melayani dan memberikan perhatian kepada mereka yang kurang bernasib baik. Beliau memberikan nasihat secara peribadi serta memberitakan Firman Tuhan.

Fanny meningal dunia di rumahnya di Bridgeport, Connecticut, pada 12 Februari 1915. Pada makamnya terpahat dengan kata-kata yang berasal dari lagu-lagu pujian yang dihasilkannya : “Aunt Fanny” dan “Bless­ed as­sur­ance, Jesus is mine. Oh, what a fore­taste of glory divine.”

No comments: