Monday, March 12, 2007

Bagaimankah kita menilai sesama sendiri?

Saya amat tertarik dengan cara Brian McLaren berkhutbah di gereja CLGC. Beliau membaca sebuah petikan dari Injil Yohanes (Yohanes 8:2-11). Sambil beliau membaca, dia menyuruh kita untuk membayangkan setiap watak yang terdapat dalam petikan itu. Dia juga menggalakkan kita untuk menyuarakan perasaan setiap watak yang terbabit semasa khutbah beliau. Komen-komen yang diberikan oleh para jemaah diambil kira dan dibincang semasa dalam khutbahnya. Berikut adalah petikan yang dibacanya, (Petikan ini diambil dari AlKitab BM)

Kemudian semua orang pulang ke rumah, tetapi Yesus pergi ke Bukit Zaitun. Keesokan harinya, pagi-pagi sekali Dia pergi ke Rumah Tuhan dan semua orang di situ datang kepada-Nya. Dia duduk lalu mula mengajar mereka. Sementara itu guru Taurat dan orang Farisi membawa seorang wanita kepada Yesus. Wanita itu didapati berzina. Mereka menyuruh wanita itu berdiri di hadapan semua orang, lalu berkata kepada Yesus, "Guru, wanita ini tertangkap basah ketika berzina. Di dalam kitab Taurat, Musa memerintahkan agar wanita seperti ini direjam sehingga mati. Tetapi apakah pendapat guru?" Mereka bertanya demikian kerana hendak memerangkap Yesus, supaya mereka boleh menuduh Dia. Tetapi Yesus menunduk dan menulis di tanah dengan jari-Nya. Mereka terus-menerus bertanya kepadanya. Oleh itu Yesus meluruskan badan-Nya dan berkata kepada mereka, "Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia." Setelah itu Yesus menunduk semula dan menulis lagi di atas tanah. Apabila mereka mendengar Yesus berkata demikian, seorang demi seorang, mulai daripada yang tertua, meninggalkan tempat itu. Akhirnya hanya Yesus dan wanita yang masih berdiri itu ada di sana.10 Yesus meluruskan badan-Nya lalu berkata kepada wanita itu, "Di manakah mereka? Tidak adakah orang yang menghukum kamu?" "Tidak ada, tuan," jawabnya. "Baiklah," kata Yesus, "Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi."

Persoalan yang tertimbul dalam otak saya ialah bagaimanakah kita menilai seseorang? Adakah kita menghakimi seseorang berdasarkan status sosial? Jika saya mempunyai seorang rakan yang mengamal kehidupan homoseksual, adakah saya menjauhi diri saya darinya atau menjadi kawannya? Adakah saya menghakiminya?

Adakah semasa kita menegakkan keadilan dan kebenaran, mungkinkah kita dibutai bila menghakimi sesama sendiri? Adakah kita lupa siapakah Hakim yang sebenarnya? Pada hakikatnya kita ingat kita menegakkan kebenaran wahal kebenaran itu sendiri mendedahkan siapakah diri kita sebenarnya.

Yesus tidak menafikan dosa yang dilakukan oleh si penzina itu. Malah Baginda juga mendedahkan dosa-dosa munafik yang ada pada para guru agama dan orang awam yang ingin merejam perempuan itu. Sememangnya kita diseru menegakkan kebenaran dan mengutuk dosa tetapi kita juga kena kaji selidik dalam diri kita bahawa kita ini pernah berdosa. Pada waktu itulah Yesus sebagai Hakim Kebenaran mendedahkan semua dosa manusia. Walaupun Baginda tidak mengutuk perempuan itu, Baginda juga tidak setuju dengan perbuatan perempuan itu. Tetapi Baginda dengan rasa kasih kurniaNya menasihati perempuan itu supaya tidak berdosa lagi.

Setelah memikirkan dengan mendalam, saya dapat merasakan diri saya ini mempunyai dua personaliti iaitu Farisi dan penzina. Dalam watak Farisi itu, saya selalu menghakimi orang lain tanpa mengetahui dalam diri saya sebenarnya. Memang mudah untuk menghakimi orang tetapi amat susah bila bersemuka dengan dosa-dosa sendiri. Dalam kebodohan yang saya lakukan, Tuhan melihat saya dengan penuh rasa kasih sayang menasihati saya jangan melakukan perbuatan ini.

Hanya dalam rahmatNya sahajalah kita bebas tetapi ia tidak bermaksud kita bebas dari dosa. Inilah yang saya harus ingat agar kasih Allah pada saya tidak membutakan saya dalam menilai sesama sendiri. Bolehkah komuniti Yesus menerima sesama sendiri tanpa menghiraukan status sosial?

Sunday, March 11, 2007

Hajat Ibu bapa

Pendeta Chris dari SEMOA menghantar hiper pautan "Parent Wish " yang mengingatkan saya untuk senantiasa mengasihi kedua ibu bapaku and nenekku.

Walaupun mereka tidak berupaya melakukan kerja kerana usia mereka yang tua, kita haruslah bersabar dan menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita sewaktu kita masih bayi.

"Ya Tuhan, lanjutkanlah usia kedua ibu bapa kami agar mereka dapat berbakti kepadaMu. Agar kami dapat menyayangi and mengasihi mereka ..."





Adakah saya untuk diri saya?

Saya bersetuju dengan artikel yang ditulis dalam blog Warkah Pascamoden. Anda boleh melihat artikelnya di bawah.

Brian McLaren juga mengingatkan saya dalam sesi perbincangan bahawa kita dicipta dan ditebus bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk jiran-jiran kita dan dunia ini. Adakah keselamatan yang diberikan baginda Isa AlMasih hanya untuk membawa jiwa kita ke syurga sahaja? Kita mempunyai peranan dalam membantu jiran-jiran kita untuk merealisasikan kerajaan Allah dalam hidup mereka agar mereka dapat melihat Yesus dalam hidup kita.

Memang patut kita mempertahankan kebenaran AlKitabiah (Apologetik). Umat Kristian diseru untuk memberikan jawapan yang kukuh supaya mereka dapat memahami iman Kristian sebenarnya. Akan tetapi kita lupa masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran kita. Contohnya, bila adanya dialog antara agama, kita sangat petah dalam perdebatan kita. Tetapi bila nak bantu jiran kita bila ditimpa bencana banjir, di mana kita?

Saya rasalah kita memang lupa peranan kita membantu jiran-jiran yang ditimpa masalah. Sebaliknya kita berada di suasana yang selesa bersama dengan kawan-kawan kita bermain, membeli belah, tengok wayang dan sebagainya. Kita ni lebih suka pergi ke gereja yang bertaraf "Mega Mall". Kita pergi gereja di mana lagu-lagu pujian dan khutbah yang memenuhi citara kita. Di manakah misi kita untuk jiran kita?

Perbuatan kita boleh mencerminkan identiti dan iman kita dalam baginda Isa. Hanya perbuatan yang diiringi dengan kasih diluahkan kepada jiran kita menyedarkan mereka identiti kita. Bantulah jiran kita dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari mereka.

Saya juga berpendapat kita boleh berkerjasama dengan jiran-jiran yang bukan seiman dengan kita untuk kebaikkan bagi masyarakat kita. Kita tidaklah perlu risau kerana ia dapat membantu kita untuk mengenali jiran-jiran kita dengan lebih mendalam lagi.

Marilah kita ikut jejak baginda Isa AlMasih yang mempunyai belas kasihan terhadap mereka yang miskin, tertindas, sakit dan sebagainya. Ya baginda sering mengajar dan menyampaikan berita kerajaan Allah. Baginda juga mengiringinya dengan perbuatan kasihNya.

Berikut adalah artikel dalam blog seperti yang dikatakan tadi :

-------------------------------

Brian telah mengatakan sesuatu yang telah meninggalkan kesan kepada saya:

Manusia boleh memilih daripada empat opsyen berikut dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada “jiran” mereka yang berlainan dari mereka.

1. Memaksa mereka menukar agama/kaum/bahasa dan lain-lain dan diasilimisasikan
2. Menindas dan mengetepikan mereka
3. Tidak mempedulikan dan mengasingkan mereka
4. Kasih dan mengenal, melayan dan melindung.

Sebagai rakyat kerajaan baginda Al-Masih, seorang kristian mesti memilih opsyen keempat.

Dalam zaman sekarang yang dibelenggu terrorisme samada tindak-tanduk hegemoni Amerika di dunia terutamanya Iraq mahupun serangan pengebom berani mati di khalayak mangsa-mangsa yang tidak berdosa, titah baginda Yesus kepada rakyat kerajaannya mesti dipatuhi:

Markus 12:29-31 Jawab Yesus: “Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu. Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini.”

Kasih-mengasihi tidak haruslah pada permukaan sahaja. Sebaliknya orang yang dikasihi harus dianggap sebagai kaum keluarga sendiri. Kenali jiran dengan mendalam. Layanilah mereka dengan hati senang. Lindungilah mereka sekiranya mereka dalam bahaya.

SEORANG KRISTIAN BERTANGGUNGJAWAB DEMIKIAN TIDAK KIRA KAUM, AGAMA, STATUS SOSIAL ATAU KEWANGAN!

“Kalau engkau hanya membantu semasa sendiri dan sejenis, engkau tidak berbeza daripada orang lain yang menolong semasa sendiri sahaja”

Dalam konteks dunia hari ini, konflik agama merupakan konflik yang terbesar. Rakyat jelata baginda Al-Masih mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantah sebarang kekerasan yang digunakan untuk menindas golongan yang tidak berupaya. Namun sekadar protes tidak memadai. Teori mesti diiringi dengan praktis. Apa gunanya berhujah panjang jika tidak diringi dengan langkah-langkah yang kukuh dan konkrit dan meninggalkan kesan?

Homili-homili di dalam surat Yakobus, saudara kepada baginda Yesus amat penting untuk direnungkan. Salah satu nas berbunyi:

Yakobus 1:26-27 Jikalau ada seorang menganggap dirinya beribadah, tetapi tidak mengekang lidahnya, ia menipu dirinya sendiri, maka sia-sialah ibadahnya. Ibadah yang murni dan yang tak bercacat di hadapan Allah, Bapa kita, ialah mengunjungi yatim piatu dan janda-janda dalam kesusahan mereka, dan menjaga supaya dirinya sendiri tidak dicemarkan oleh dunia.

Dan lagi:

Yakobus 2:26 Nah, sebagaimana tubuh tanpa roh adalah tubuh yang mati, begitu juga iman tanpa perbuatan adalah iman yang mati.

Bukalah minda dan dada.

Jangan kita ulangi Perang Salib yang dicetuskan oleh Kristian Katolik terhadap Timur Tengah pada Zaman Pertengahan. Jangan kita lupa kekejaman orang Katolik Sepanyol yang menakluki Amerika Tengah dan Selatan dan membunuh kaum tempatan.

Bayangkanlah betapa indahnya sekiranya kita mengamalkan Pemerintahan Allah dalam cara kita melayani mereka yang berbeza daripada kita. Satu dunia tanpa peperangan dan kekejaman.

Idealisme? Tidak, sekiranya semua manusia mula mengasihi satu sama lain.

Dan perubahan bermula daripada diri sendiri.

Friday, March 09, 2007

Children of Cambodia



Photo taken by 3 of us on different occasion now being compiled so that we can know situation that children of Cambodia are facing.

Consider to sponsor a child today.

Please visit

  1. http://www.worldvision.com
  2. http://hischild-international.com/index.htm

Tuesday, February 27, 2007

Implikasi doktrin Tritunggal dalam komuniti manusia

Sudah pasti doktrin Tritunggal memang payah difahami. Pada hakikatnya Tuhan adalah Maha Esa seperti yang tertulis dalam AlKitab,

Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa! (Ulangan 6:4)

Pada resminya, dalam khutbah2 umat-umat Kristian diajar berkenaan Bapa, Anak dan Roh Kudus. Kebanyakkan gereja tidak mengajar doktrin Tritunggal secara holistik. Pada hakikatnya, doktrin Tritunggal dari satu aspek dapat membentuk kehidupan dan permikiran umat Kristian.

Dalam blog ini, saya tidak akan mendebatkan atau mempertahankan doktrin Tritunggal tetapi melihatnya dari satu aspek yang boleh mengubah pemikiran saya dalam perhubungan sesama sendiri dan dengan Allah.

AlKitab menyatakan Allah maha mengasihi dan maha menyayangi. Dengan kata yang ringkas kasih ada dalam Allah. Kasih melibatkan perhubungan dan bukanlah suatu abstrak persendirian. Dalam perhubungan adanya kasih.

Doktrin Tritunggal menyatakan Allah Maha Esa mempunyai 3 Peribadi. Ketiga-tiga Peribadi ini ialah Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus. Perhubungan yang wujud antara ketiga-tiga Peribadi ini membentuk satu komuniti di mana kasih diluahkan dalam perhubungan ini. Kasih memang sudah wujud dalam komuniti Allah.

Bapa mengasihi Anak dalam perhubungan dengan Roh Kudus

Anak mengasihi Bapa dalam perhubungan dengan Roh Kudus

Komuniti wujud dalam Allah. Dan dalam komuniti ini adanya perhubungan dan kasih sayang yang diluahkan dalam perhubungan ini.




Kasih Allah yang terluah dariNya semasa penciptaan dunia dan manusia menunjukkan alam dan manusia ini dicipta kerana kasih Allah. Dunia ini penuh dengan kasih Allah. Manusia yang dicipta dengan imej Allah mempunyai kasih di dalamnya yang boleh diluahkan olehnya.


Apakah implikasi dalam diri kita melalui doktrin Tritunggal?


Allah menyatakan diriNya dalam Yesus Kristus. Hanya dalam Kristus sahaja kita diundang ke dalam perhubungan dengan Allah. Yakni kita diundang ke dalam komuniti Allah sendiri. Dosa yang telah memisahkan kita dari Allah dan dengan sesama sendiri telah dirapatkan dengan kematian Yesus Kristus. Keselamatan yang diberikan Yesus bukanlah hanya dari segi penyelamatan jiwa ke syurga tetapi ia mengembalikan perhubungan dengan sesama sendiri dan dengan Allah yang telah dihancurkan oleh dosa.


Kita dicipta bukan untuk hidup bersendirian dan berasingan. Kita dicipta untuk melibatkan diri dalam perhubungan dan komuniti masing-masing. Inilah maksud sebenarnya untuk menjadi manusia di muka bumi ini.

Mereka yang ingin memisahkan dirinya dari lain hanya hidup untuk dirinya sendiri. Mereka ini hanya melakukan perkara-perkara yang untuk dirinya sendiri. Manusia sering kali digoda untuk melakukan perkara-perkara yang hanya untuk kepentingan masing-masing. Pada hakikatnya ia membawa keburukkan dan kehancuran ke dunia ini dan diri kita. Kita dicipta untuk kebaikkan sejagat. Dunia ini dicipta bukanlah untuk kita sahaja. Ini membawa kita ke konsep penjagaan ekologi bumi. Kita adalah khalifah yakni penjaga bumi ini. Manusia yang dicipta dengan rupa / imej Allah mempunyai sifat-sifat untuk mengekalkan keindahan alam ini.

Dalam kasih Tritunggal inilah, Allah mengasihi dunia ini (manusia dan alam semulajadi). Atas kasih Allah pada dunia ini, Bapa mengutuskan Anak yang dikasihiNya. Anak yang mengasihi Bapa akur pada perintah Bapa walaupun menderita dan mati. Anak yang mengasihi kita semua ini mengutuskan Roh Kudus agar kita dapat memuliakan Allah Tritunggal dalam perkerjaan kita. Berdasarkan pada konsep kasih dan perhubungan, ia mengingatkan umat Kristian untuk saling kasih mengasihi sesama sendiri dalam apa jua kita lakukan baik dalam pelayanan mahupun perkerjaan sekular. Seringkali kita dengan khususnya dalam pelayanan Kristian adanya pergaduhan dan salah faham yang wujud kerana ego masing-masing. Kenapakah ia harus berlaku?

Kesimpulannya, gambaran yang diberikan dalam Allah Tritunggal ini ialah manusia seharusnya hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi hidup di dalam komuniti yang sentiasa berhubung sesama sendiri dalam kasih.

Sunday, February 18, 2007

Gong Xi Gong Xi

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelawat laman web khususnya orang-orang Cina yang melangkah masuk ke tahun baru ini. Oh ya... tahun ini ialah tahun Khinzir Api.

Kepada mereka yang bukan bangsa Cina, Selamat Bercuti bersama keluarga anda tersayang. Semoga anda berhibur dengan apa jua yang anda lakukan.

Kepada kawan seiman saya, semoga kita memporlehi rahmat Tuhan. Yesus adalah Tuhan segala bangsa. Biarlah kita merayakan tahun baru Cina ini dengan berterima kasih kepadaNya atas segala nikmat syukur yang diberiNya. Biar tahun baru ini, kita akan lebih lagi memuliakan Tuhan kita dalam segala yang kita lakukan. Amin.

Gong Xi Xien Nien.





Monday, January 29, 2007

Amalan Berpuasa Pandangan AlKitab

Berikut adalah persepsi berkenaan puasa seperti mana yang dituntut dalam AlKitab. Lazimnya kita sebagai seorang Kristian yang mencintai firman Allah, seharusnya belajar dan mengetahui perkara-perkara yang Tuhan Allah ingin mengajar kita.

Semoga kita akan terus berjalan dalam firmanNya, dalam kasih Yesus dan di bawah kuasa Roh Kudus.

Sememangnya puasa merupakan suatu disiplin kerohanian Kristian yang baik dan kalau umat Kristian dapat melakukannya ia dapat mendatangkan kebaikkan dalam rohani masing-masing. Berpuasa ini memang diamalkan oleh pengikut-pengikut awal Yesus Kristus seperti yang tertulis dalam Kisah Para Rasul 13:4; 14:23. Berpuasa dan berdoa adalah berhubungkait dan diamalkan oleh pengikut-pengikut awal Yesus (Lukas 2:37; 5:33). Wahal dalam Perjanjian Lama pula adanya umat-umat Israel yang berpuasa memohon pertolongan Tuhan baik dari segi keselamatan negara mahupun dalam pertaubatan individu.

Walau bagaimanapun, berpuasa ini bukanlah wajib seperti yang dituntut dalam AlKitab. Dengan kata lain Tuhan tidak memerintahkan umatNya untuk berpuasa. Jadi apakah perspektif Kristian berkenaan puasa ini?

Lazimnya puasa yang kita tahu ialah jangan makan minum untuk masa tertentu. Tetapi puasa ini mempunyai perspektif yang lebih luas lagi. Puasa adalah disiplin yang membolehkan umat Kristian untuk memfokuskan dirinya lebih kepada Tuhan dari benda-benda duniawi. Amalan disiplin ini membolehkan Kristian untuk menunjukkan kepada Tuhan bahawa dia amat serius perhunbungannya dengan Tuhan. Ia dapat melatihkan umat Kristian untuk bergantung pada Tuhan daripada dirinya sendiri.

Yesus Kristus sewaktu dia berpuasa, Iblis menyuruhnya untuk menukarkan batu-batu pada roti. Yesus yang sudah lama berpuasa letih dan lapar. Akan tetapi Yesus mengenepikan kehendak badanNya dan bergantung kepada Tuhan. Manusia tidak dapat hidup hanya dengan roti tetapi dengan firman Tuhan. Di sini Yesus ingin mengajar kita bahawa walaupun tubuh kita ini lebih kepada duniawi, tetapi kita harus bergantung dan memfokuskan diri kita kepada Tuhan.

Amalan puasa ini dapat membantu rohani kita dengan menukarkan minda kita dan bergantung sepenuhnya kepada Tuhan.

Walaupun amalan puasa dalam AlKitab selalunya bertahan dari makan minum, namun adanya beberapa cara untuk berpuasa. Kita boleh menyerahkan apa-apa sahaja untuk sementara waktu agar kita dapat memfokuskan diri kita kepada Tuhan. Ia juga boleh dikira berpuasa (1 Korintus 7:1-5). Bila kita berpuasa dengan bertahan dari makan minum, ia haruslah dilakukan pada tempoh-tempoh tertentu. Kalau tempoh itu dilanjutkan tanpa makan, ia akan memudaratkan badan kita. Tujuan berpuasa bukan untuk kita menyeksa badan kita tetapi memfokuskan pada Tuhan dan menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan Tuhan. Sama juga dengan tujuan berpuasa bukanlah untuk berdiet. Kalau nak jaga badan, memang makan kena dijaga dan juga kenalah bersenam. Bagi mereka yang mempunyai masalah-masalah kesihatan contohnya masalah kencing manis (diabetics), mereka ini tidak dapat berpuasa tetapi mereka boleh berpuasa dengan cara menyerahkan sesuatu untuk tempoh yang tertentu supaya dapat memfokuskan pada Tuhan.

Untuk memfokuskan diri kita pada Tuhan, kita kenalah mengenepikan hal-hal duniawi. Berpuasa bukanlah satu cara untuk Tuhan melakukan hal-hal yang kita mahu. Puasa mengubah kita, bukan Tuhan. Puasa bukanlah untuk ditunjuk-tunjukkan bahawa rohani kita lebih baik dari yang lain. Puasa hendaklah dilakukan dengan rendah diri dan sikap yang ceria. Inilah saranan yang diberikan Yesus berkenaan puasa, “Tetapi kalau kalian berpuasa, cucilah mukamu dan sisirlah rambutmu, supaya tak ada yang tahu bahwa kalian berpuasa, kecuali Bapamu yang tidak kelihatan itu saja. Dia melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan akan memberi upah kepadamu." "Kalau kalian berpuasa, janganlah bermuka muram seperti orang yang suka berpura-pura. Mereka mengubah air mukanya supaya semua orang tahu bahwa mereka berpuasa. Ingatlah, itulah upah yang mereka sudah terima.” Matius 6:16-18

Tuesday, November 07, 2006

IBridge Camp 2006

Video Clip Of iBridge Camp 2006


Photo link contributed by Hwok Lok
http://picasaweb.google.com/hwok.lok/IBridgeCampGCFAnnualConference2006?authkey=QCIb2aZ8hQixKE0mtHsPD_Y-n6M

Sekian lama ku tak berblog

Wahai saudara-saudari dalam Kristus & kengkawan sekalian,

Sekian lama saya sudah tidak berblog. Menulis bukanlah suatu perkara yang lazim yang saya lakukan. Namun saya harap tahun depan saya akan cuba menulis semula.

Hari ini adalah hari sebelum hari kelahiran saya. Mengenangkan 30 tahun yang lalu bagaimana Tuhan telah memberkati saya, saya amat berterima kasih padaNya. Masa-masa yang gembira dan duka telah ku tempuhi bersamaNya. TanpaNya nescaya ku jatuh dan terus jatuh. Pelbagai rintangan hidup yang telah dan masih lagi saya lalui, kalau tiadaNya saya tak akan dapat melaluinya.

Semoga tahun baru saya ini, saya akan lebih lagi menyenangkan Tuhan. Bukan dengan usaha saya tetapi dengan kuasa dan urapan Roh Kudus. Mudah-mudahan kehidupan dan pelayanan saya akam memuliakan Raja segala raja, Tuhan segala tuhan.

Sunday, December 18, 2005

GIVE TITHES TO GOD CHEERFULLY

God outlines for us a great economic lifestyle when we enter into a covenantal relation­ship with Him. We are privileged to use the 90% He has given us to meet our own personal needs. Then we are to return to Him a minimum of our income - the 10°,6 off the top before taxes. Tithing is His minimum standard. We are to do this not grudgingly or of necessity but cheerfully. "Let each one give as he purposes in his heart, not grudgingly or of necessity; for God loves a cheerful giver." (II Cor. 9:8) When giving is cheerful, it will also be generous. God is not primarily occupied with the amount of the gift, but with the motive that lies behind it. After all, everything in the world belongs to God (Psalm 24:1). My gift to Him does not make Him any richer but only indicates my obedience to His commandment. Because I love Him, I tithe my income.

Jesus reaffirmed that we should tithe, and do more for Him - loving God and treating others fairly. He said. "For you tithe mint and rue and all manner of herbs, and pass byiustice and the love of God. These you ought to have done, without leaving the other undone. " (Luke 12:42) But we disobey, thinking that the 90% we have is not 'enough.' We nibble away at the tithes that are God's. Therefore we are cursed by God for we are robbing Him (Malachi 3:8-12)

Thursday, December 15, 2005

Memuliakan Tuhan

Apakah maksud memuliakan Tuhan? Secara keseluruhannya kita mengagungkan Tuhan dengan mengakur kekuasaanNya dalam semua hal. Ini termasuklah memuji Dia serta mengagungkan kebesaran Tuhan. Dia sahaja yang layak diagungkan dan disembah melalui kasih kita dan menurut segala perintahNya. Kita kenalah melayani Tuhan dengan penuh keimanan dan kesetiaan. Kita dapat memuliakan dan mengagungkan Tuhan kita dengan menggunakan segala kemahiran, bakat dan sumber yang ada pada kita demi memuliakan dan menghormatkan nama Tuhan.

Sememangnya Tuhan memberikan bakat yang unik kepada setiap individu dan ini hanyalah digunakan untuk tujuan kerajaan Tuhan kita. Maksudnya keagungan dan kemuliaan Tuhan terserlah bila umatNya menggunakan segala bakat yang ada dirinya untuk melayani Tuhan. Tuhan dapat menggunakan kita untuk melaksanakan hasratNya untuk umatNya sendiri malah untuk orang-orang yang belum kenalNya.

Yesus sewaktu hidupNya di dunia ini melayani BapaNya. Yohanes 17:4 berkata, "Aku sudah mengagungkan Bapa di atas bumi ini dengan menyelesaikan pekerjaan yang Bapa tugaskan kepada-Ku". Yesus membuat segala yang disuruh BapaNya. Dia melakukan kerana Dia kasih dan cinta pada BapaNya. Dengan ini Yesus telah mengagungkan BapaNya dan meningalkan contoh dan teladan agar kita dapat mengikut contoh Yesus.

Mengagungkan Tuhan dilangit tertinggi adlah kehendak Tuhan untuk semua umat dan makhlukNya. Marilah kita menyahut seruan para malaikat pada malam Natal pertama, "
"Terpujilah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati Tuhan!" "

Wednesday, December 14, 2005

Teologi Lagu Natal - Menghayati maksudnya














Lagu-lagu natal yang dimainkan setiap tahun menjelang hari Natal sememangnya tidak asing bagi kita. Mana-mana tempat baik di pusat membeli belah, gereja dan rumah mesti memainkan lagu-lagu Natal. Bagi diri saya, saya amat mengemar lagu-lagu Natal tradisional yang masih bergema sampai ke zaman moden ini. Tertanyakah diri anda maksud lagu-lagu Natal sewaktu ia dikarang? Dapatkah kita menghayati maksud yang tersirat dalam lagu-lagu Natal ?

Come Thou Long-Expected Jesus

Lagu himne "Come Thou Long - Expected Jesus" yang tertera dibawah dikarang oleh Charles Wesley pada tahun 1744 :

Come, Thou long-expected Jesus, born to set Thy people free;
from our fears and sins release us; let us find our rest in Thee.


Israel's strength and consolation,
hope of all the earth Thou art;
dear desire of every nation,

joy of every longing heart.

Born Thy people to deliver,

born a child, and yet a King,
born to reign in us forever,

now Thy gracious kingdom bring.

By Thine own eternal Spirit

rule in all our hearts alone;
by Thine own sufficient merit,

raise us to Thy glorious throne.

Melihat pada baris pertama pada lagu itu, menunjukkan umat Israel yang telah lama menunggu kedatangan Kristus (Penyelamat) seperti yang dinubuatkan dalam kitab Perjanjian lama kini telah dikotakan. Kelahiran Yesus yang lama dinantikan ini dikatakan sebagai "long-expected Jesus".

Kelahiran dan kedatangan Yesus memenuhi nubuat-nubuat dalam Perjanjian Lama. Banyak gelaran yang diberikan kepada Yesus. Contoh-contoh nubuat ialah Yesaya 7:14 yang mengatakan seorang anak dara yang akan melahirkan anaknya yang digelar "Tuhan beserta dengan kita", Yesaya 9:6 yang mengelarkan anak ini sebagai "Penasihat Bijaksana", "Allah Perkasa", "Bapa Kekal", "Raja Damai". Mikha 5:2 yang menubuatkan bahawa kelahiran seorang "penguasa untuk Israel yang asal usulnya dari dahulu kala."

Nubuat-nubuat ini dan yang lain-lain yang menyerupai nubuat-nubuat di atas melihat Penyelamat yang bakal akan datang. Orang-orang Yahudi yang beriman berdoa dengan sungguh-sungguh untuk melihat hari kedatangan Penyelamat ini. Contohnya seorang alim namanya Simeon yang direkodkan dalam Lukas 2, yang menantikan saat-saat Allah menyelamatkan Israel. Bila Simeon melihat bayi Yesus, dia sedar bahawa Anak ini akan memenuhi harapan untuk keselamatan. Charles Wesley meminjam ayat ini bila dia mengelarkan Yesus sebagai "kekuatan dan pengharapan Israel"

Walaupun Yesus memenuhi nubuat Israel, Yesus juga membawa keselamatan untuk dunia ini. "Hope of all the earth" dan "dear desire of every nation" adalah merujuk kepada Yesus. Lebih dari itu, "joy of every longing heart" merujuk bahawa Dia sahajalah yang dapat memenuhi setiap jiwa.

Yesus adalah adalah manusia dan Allah seperti yang tertulis "born a child and yet a King". Hanya dalam Yesus, dosa manusia diampunkan melalui kematiaanya di atas salib. "All sufficient merit" merujuk bahawa hanya Kristus dapat memberikan keselamatan kepada kita.
Lagu ini memang indah bukan sahaja dari ayatnya malah maksud yang tersirat dalamnya - bahawa Yesuslah yang dilahirkan untuk membebaskan kita dari dosa dan memberikan keselamatan kepada kita melalui kematiaanNya.

Hark! the Herald Angels Sing

Lagu ini memang popular yang dihasilkan juga oleh Charles Wesley. Banyak gereja dan pusat membeli belah akan memainkan lagu ini. Walaupun liriknya diubah banyak kali tetapi kebanyakan versi asalnya masih kekal seperti yang dihasil lebih dari 250 tahun lalu.

Lagu ini mengumumkan kelahiran Yesus, yang mengatakan juga Yesus adalah manusia dan Allah dan memujiNya kerana keselamatan yang diberikanNya

Versi pertama yang mengatakan :

Hark! the herald angels sing, "Glory to the newborn King;
Peace on earth, and mercy mild, God and sinners reconciled."

Mesej damai memang tidak boleh dipisahkan lebih-lebih lagi waktu Krismas contohnya dalam iklan-iklan media. Sememangnya Yesus membawa kedamaian. Kedamaian utama yang dibawaNya adalah damai dengan Allah. Itulah yang dimaksudkan "God and sinners reconciled". Semua orang berdosa dari sejak kita dibentuk dalam rahim ibu, kita mentidakkan Firman serta laranganNya dan oleh itu kita mejadikan diri kita sebagai musuh Allah. Bila kedua-dua pihak musuh ingin mencapai kedamaian, mereka kenalah mengetepikan perbezaan atau percanggahan masing-masing. Adanya proses mencapai kedamaian melibatkan pampasan. Pampasan ini dibayar dengan kematiaan Yesus sendiri. Dia membayar pampasan itu agar kita dapat berdamai dengan Allah. Walaupun kita kena bertanggung jawab membayarnya, tapi hanya Yesus seorang sahajalah yang dapat membayarnya. Dialah Tuhan yang juga menjadi sebagai manusia lahir sebagai seorang insan pada malam Krismas pertama.

Charles Wesley menghuraikan kelahiran Yesus pada versi kedua :

Christ by highest heaven adored; Christ, the everlasting Lord!
Late in time behold Him come, offspring of the Virgin's womb.
Veiled in flesh the Godhead see; hail the incarnate Deity,
Pleased as man with men to dwell, Jesus our Emmanuel.

Yesus adalah Tuhan yang kekal, orang kedua dalam Tritunggal menjadi sebagai manusia yang lahir melalui seorang anak dara. Yesuslah Tuhan yang menjadi manusia yang digelar "Emmanuel" yang bermaksud Tuhan berserta dengan kita. Walaupun Yesus menjadi manusia hidup dengan kalangan manusia yang berdosa, tetapi keTuhananNya masih kekal dan tidak hilang dariNya.

Tuhan Yesus yang menjadi manusia merendahkan diriNya serta mengetepikan keistimewaanNya supaya manusia dapat diselamatkan melalui iman mereka kepada Yesus. Ini dihuraikan dalam versi ketiga dalam lagu tersebut :

Mild He lays His glory by, born that man no more may die,
Born to raise the sons of earth, born to give them second birth.

Yesus meletakkan hakNya sendiri, datang ke dunia ini dan mati untuk dosa-dosa kita agar mereka yang percayaNya akan memperoleh kehidupan kekal. Dia dilahirkan agar kita dilahirkan semula.

O Little Town of Bethlehem

Lagu "O Little Town of Bethlehem" ditulis pada tahun 1867 oleh Phillips Brooks, seorang pastor dari Philadelphia. Dia berada di tanah Israel 2 tahun dan merayakan perayaan Natal di Betlehem. Lagu ini menunjukkan ilham Philip pada malam Yesus dilahirkan.

Ayat pertama :

O little town of Bethlehem, how still we see thee lie!
Above thy deep and dreamless sleep the silent stars go by.
Yet in thy dark streets shineth the everlasting light;
The hopes and fears of all the years are met in thee tonight.

Dalam keadaan sunyi-sepi pada malam kelahiran, manusia yang sibuk pasal hal masing-masing dah penat dan tidur. Tidak banyak yang mengetahui kedatangan Bayi yang dijanjikan. Memang manusia sekarang memang sibuk pasal hal duniawi tetapi tidak pedulikan hal-hal rohani.

How silently, how silently, the wondrous gift is given!
So God imparts to human hearts the blessings of His heaven.
No ear may hear His coming, but in this world of sin,
Where meek souls will receive Him still, the dear Christ enters in.

Kedatangan Yesus tidak disambut secara besar-besaran seperti yang sepatutnya disambut bila putera diraja dilahirkan. Pengumuman kelahiran Yesus dibuat oleh malaikat hanyalah kepada beberapa pengembala yang sedang menjaga kambing-kambing mereka di waktu malam. Yesus yang dilahirkan di kandang binatang menjadi tempat untuk Dia tidur dan disusukan. Sewaktu Dia dilahirkan, Dia tidak mengharapkan orang-orang menyambutnya sebagai Raja. Malah AlKitab memberitahu bahawa Dia datang untuk hidup dengan kalangan umatNya melalui kuasa Ruh Kudus (Yohanes 14:16-23; Roma 8:9-11). Oleh itu, AlKitab juga mengatakan sesiapa yang menerima dan percaya pada Yesus, perubahan besar akan berlaku dalam dirinya. Dosa-dosa kita diampunkan dan kita akan menjadi orang baru (Yohanes 5:24; 2 Korintus 5:17).

Nikmat serta hidayah pada masa Natal / Krismas ialah - menerima keselamatan dan menikmati hadirat (kehadiran) Tuhan dalam hidup kita walaupun dunia memandang serong pada iman kita kerana mereka tidak memahami apa-apa yang benar berlaku. Seperti ayat terakhir dalam lagu berbunyi :

O holy Child of Bethlehem! Descend to us we pray,
Cast out our sin, and enter in; be born in us today.
We hear the Christmas angels the great glad tidings tell;
O come to us, abide with us, Our Lord Emmanuel.

O Holy Night

Lagu "O Holy Night" yang dikarang oleh John Dwight menyingkap pada malam Yesus dilahirkan.

O holy night! The stars are brightly shining.
It is the night of the dear Savior's birth.
Long lay the world in sin and error pining,
Till He appeared and the soul felt its worth.

Kedatangan Yesus menunjukkan kasih Allah kepada dunia ini seperti tertulis dalam Yohanes 3:16. Manusia amat berharga. Petrus pertama mengingatkan kita bahawa Allah telah menebuskan kita dari penghambaan dosa bukan melalui wang ringgit tetapi dengan darah domba iaitu darah Yesus. Oleh itu fakta bahawa Yesus memberikan nyawaNya sepatutnya menjadikan kita lebih berharga disisi Allah.

Ayat kedua mengisahkan Raja segala raja dilahirkan sebagai bayi yang tidur di dalam kadang. Kebanyakkan bayi-bayi dilahirkan di tempat yang sesuai contohnya hospital dan dijagai dan disusukan di tempat yang sesuai. Tetapi bagi kelahiran Yesus adalah sebaliknya. Lebih dari itu ehidupan Yesus yang melalui kemiskinan, dicubai oleh iblis, dicaci, disalib dan mati, ditinggalkan oleh pengikutNya sewaktu Yesus ditangkap dan difitnah dengan tuduhan-tuduhan palsu. Kita sememangnya tidak dapat merasai apa yang Yesus melalui tetapi hakikatnya Yesus dapat merasai apa yang kita lalui. John Dwight melahirkan empati ini dengan menulis :

The King of kings lay thus in lowly manger,
In all our trials born to be our Friend.
He knows our need, to our weakness is no stranger.
Behold your King, before Him lowly bend.

Sewaktu bayi Yesus dilahirkan, pengembala-pengembala memuji dan menyembahNya. Ini menyedarkan John Dwight bahawa setiap manusia adalah sama dan harus berendah diri. Ayat ketiga berbunyi :

Truly He taught us to love one another;
His law is love and His gospel is peace.
Chains shall He break, for the slave is our brother,
And in His name all oppression shall cease.

Oleh itu, penindasan sesama manusia adalah bertentangan dengan penyembahan Yesus. AlKitab menegaskan agar kita mencontohi Yesus yang merendahkan diriNya, menjadi manusia, mengetepikan hak keillahianNya, menderita untuk keselamatan kita. Oleh itu, Paulus menulis

Janganlah melakukan sesuatu karena didorong kepentingan diri sendiri, atau untuk menyombongkan diri. Sebaliknya hendaklah kalian masing-masing dengan rendah hati menganggap orang lain lebih baik dari diri sendiri. Perhatikanlah kepentingan orang lain; jangan hanya kepentingan diri sendiri. (Filipi 2:3-4)

Adalah diharapkan kita dapat mencontohi sikap Yesus yang merendah diriNya dan saling menerima sesama sendiri dan tidak hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Kerana kasih Yesus kepada kita, Dia memilih untuk tidak menggunakan hakNya.

Joy to the World

"Joy to the World" ditulis oleh Isaac Watts dan diterbitkan pada 1719. Lagu ini adalah parafrasa dari Mazmur 98 dan menjadi lagu yang popular dimainkan sewaktu hari Natal.

Joy to the world! The Lord is come. Let earth receive her King.
Let every heart prepare Him room, and heaven and nature sing,"
No more let sins and sorrows grow, nor thorns infest the ground.
He comes to make His blessings flow far as the curse is found.

Ayat ini dipetik dari Kejadian 3, bila Allah berfirman bahawa tanah terkutuk akibat dosa. Semak dan duri akan dihasilkan di tanah. Manusia bekerja dengan susah payah dan berkeringat untuk membuat tanah ini menghasilkan sesuatu supaya manusia dapat hidup. Oleh itu rahmat dari keselamatan Kristus akan menebalikkan kutukkan tersebut. Pada hari itu Kristus akan kembali memerintah dengan penuh kemuliaanNya dan menghakimi segala bangsa.

He rules the world with truth and grace, And makes the nations prove
The glories of His righteousness and wonders of His love.

Kedatangan Yesus adalah untuk memerintah segala ciptaanNya. Yesus menjadi bayi, hidup dengan kalangan manusia, disalib, mati dan dihidupkan semula agar Dia dapat memerintah atas segala ciptaanNya.

Memang kesukaan bagi dunia, anda dan juga diri saya. Tuhan sudah datang dan akan kembali datang memerintah bumi ini. Dapatkah kita memberikan hati kita padaNya. Dia memberikan nyawaNya sendiri demi keselamatan kita. Krismas ini boleh jadi lebih bermakna kalau kita memberikan hati kita kepada Yesus.

Friday, August 26, 2005

Kehidupan ini...

Tuhanku
ketika hatiku duka
sewaktu ia menangis
Kau bagaikan Gembala
yang memapah disisiMu
menciumku bagaikan anaknya sendiri

Tuhanku
Ketika ku keseorangan
bagaikan kertas ditiup sana sini
pada waktu itu lah Kau berada
HadiratMulah yang ku dapat rasakan
Aku bersamamu Kau ingatkan.

Tuhanku
Ketika badai hidup mengamuk
Ku dihimpit kerisauan dan kepayahan
Ku kehilangan tujuan hidup
Ku merana akan kehidupan
PelukanMu Kau ingatkan
Kaulah segalanya dalam hidupku

Tuhanku
Ku keletihan kerana dosa
Banyak kali minta ampun, banyak kali itulah ku dosa
Ku malu jatuh tersungkur
kepalaku tak terangkatnya
kerana kekudusanMu
Ayuh bangun anakku Kau seru
KasihKu bagimu tak terbatas

Tuhanku
Hidup ini penuh derita
Tiada makna walau ku kaya
Apalah gunanya hidup
TanpaKu hidupmu tak bermakna
NyawaKu kuberikan agar hidupmu penuh bermakna.

Tuhanku
TanpaMu siapa kita
KepadaMulah ku datang
Bebanan dosa Kau tanggalkan
Bebanan hidup Kau ringankan
Dengan DarahMu kau bersihkan
agar kehidupanku menjadi kemuliaanMu

Tuesday, August 23, 2005

Perbualan yang panjang

Saya diberi peluang untuk berdialog dengan rakan sekerja mengenai kepercayaan masing-masing. Saya berasa terharu apabila 3 orang berusia yang berkongsi mengenai iman mereka serta pandangan merka pada duniawi ini.

Sebagai orang yang berusia dan lebih-lebih lagi mereka ini bekas guru serta wira-wira dalam akademik yang membentuk sistem pendidikan negara ini.

Saya manghargai masa-masa tersebut dan dapat mengenal dengan lanjut apakah pendirian. Biasalah ada yang berleter dan tak bagi "chance" untuk saya menyuara. Apa yang saya perhatikan dalam masa-masa tersebut saya dapat mengenal pasti dengan lebih mendalam mengenai fahamannya. Saya dapat menstrukturkan lagi apologis saya dan mengunakan apa yang yang mereka pegang itu untuk membalaskan apa yang AlKitab menyatakan.

Ya walaupun perbualan itu panjang dan kadang-kadang dia sahaja yang bercakap, ia berbaloi dalam memahami pendirian masing-masing dan memberikan masa untuk menstrukturkan apologis anda.

Dalam perbualan, saya dapati walaupun adanya orang yang tidak percaya adanya Tuhan dan segala-galanya adalah terjadi dengan semulajadi, nyata dalam AlKitab khususnya dalam Roma 1 mengatakan bahawa segala alam serta dalamnya menyeru adanya Tuhan. Hati naluri kita dapat mengetahui baik dan jahat datangnya dari Pemberi Moral seperti yang tertera dalam Roma 2. Masakan ada yang susah percaya adanya Tuhan.

Dan saya berterima kasih pada Tuhan yang tidak memperuntukkan umatNya untuk berbahasa yang sama dalam doa dan sembahyang. Begitu juga dengan mengubah adat masing-masing. Ini kerana Tuhan itu adil dengan mengurniakan rahmatnya kepada semua orang berkenaan dengan nilai murni yang ada pada sesuatu bangsa. Contohnya ialah Tuhan tidak memperuntukkan umatnya cara dia sembahyang, cara dia berjalan, cara dia menghormati kedua ibu bapanya. Tuhan telah memberikan "common sense" pada semua orang dan sesuatu bangsa itu. Pada dasarnya, Tuhan memberikan hukum moral dalam hati setiap individu. Mandate serta hukum Tuhan (moral) tetap sama.

Manusia dapat memuji Tuhan mengunakan bahasa serta budaya masing-masing. Semua bangsa menerima rahmat Tuhan dan di syurga adanya manusia dari pelbagai bangsa menyembah dan memuji Tuhan dengan pelbagai bahasa.

Berikut adalah himne yang mengisahkah Tuhan dipuji dan disembah dengan beribu lidah dan bahasa.

Beribu lidah patutlah
memuji Tuhanku.
Dan mewartakan kuasaNya
dengan kidung merdu.

Yesus, namaMu cukuplah
menghibur yang sedih,
membuat hati tenteram,
merawat yang pedih.

Dosa betapapun besar
dibasuh darahNya.
Kuasa Iblis pun lenyap
lepas tawanannya.

Yang bisu-tuli, soraklah
memuji Tabibmu;
yang buta, lumpuh dan lemah,
berbangkitlah sembuh!

Tolonglah aku, ya Tuhan,
mengangkat suaraku.
'Kan kusebar di dunia
agungnya namaMu.


Syair: Charles Wesley 1738, terj. E.L. Pohan Shn. 1966
Lagu: Carl Gotthelf Glaser 1780

Wednesday, August 10, 2005

Keadaan Jerebu di Cyberjaya



Lihatlah keadaan jerebu di Cyberjaya.
Pemandangan dihalang oleh debu-debu.
Argghhhh busuk....batuk....pening

Tuesday, August 09, 2005

Bersama dengan cewek2 indon

Saya bersama cewek2 Indon yang cantik. Kami semua ini peserta bagi Persidangan Apologis Bali. Begitu bahagianya saya bersama dua cewek dalam Kristus yang cantik.

"Gunakanlah kecantikkanmu dalam memuliakan Tuhan..." -JackSaid

RZIM : Reflection



Last week RZIM organized a Apologetics Conference for youth. Many young delegates from pastors, students, Bible students and professional from different countries took their time off came to this conference.

I would like to thank God for this golden chance where I am exposed and introduced to the importance to presenting the Gospel of Christ and also to defend the gospel. I did prayed to ask God to show me why is it necessary to be indepth in intellectual and philosophical in presenting case for Christianity.

Yet our Enemy attacks us in every side. As an IT professional I do understand every single PC that has Microsoft OS installed sure have its patches here and there. Updates and Service Packs have to be applied every now and then.

Again in relating to this world where we are living in pluralistic society and post modernism, christian cant just slack behind. The wisdom of this world is worth to examine. Arthur F. Holmes who wrote Contours of a Worldviews said that the need for a worldview is fourfold: "the need to unify thought and life; the need to define the good life and find hope and meaning in life; the need to guide thought; the need to guide action." Interestingly worldviews are so much a part of our lives that we see and hear them daily, whether we recognize them or not. May the Lord help me to know and study more in depth as to deal in increasingly diversed culture.

Ravi reminded us as how to relate to others in presenting the gospel. He shared on points of reference, point of relevance and point of disturbance. He shared of how to work out in a framework in refering to a conversation and how morality comes in. This is as to make the gospel in tune with the other party mind. As such knowledge of worldviews can helps to establish a framework to relating to certain issue of life. I begin to see that all of us have to engaged to Christian thoughts with the worldview either knowingly or unknowingly. On the last day of conference, he attributed that each Christian who wants to defend their faith must be humble, spiritual and faithful.

The wonders of this conference is not one thing but a beginning and series of follow up will be given. RZIM and his teams are committed to build up young apologists for future and present age. I am glad that Agora, one of CDPC ministries take up God's commandement in engagging the worldview.

My hope to see that there will be apologetics in Bahasa Melayu, Malaysia national language which can reach out to our cousins, pribumi (orang asli) and whoever appreciate Bahasa Melayu. As for now I will commit myself in the work for orang asli and the poor people whilst learning the worldview to prepare myself in future.

I would like to thank RZIM and his teams for their much effort done in educating us of the worldview, religions and issues of life etc to bridge us into something more. May God continue to bless this ministry and more new and dynamic apologists joining this wonderful team.

Terima kasih RZIM

Monday, August 08, 2005

Wahhh.... bertemu dengan Ari Wibowo

















Sewaktu persidangan Apologetika di Bali, saya berkesempatan bertemu dengan pelakon Indonesia yang terkenal iaitu Ari Wibowo.

Rakan-rakan sekerja saya terutamanya perempuan tahu siapa Ari Wibowo. Mereka seakan-akan tergilakannya. Sudah sahlah seluruh rakyat Malaysia yang suka filem Indonesia pasti mengenalinya. Bagi saya, saya tidak mengenalinya.

Di Malaysia, lakonan Ari Wibowo ditayangkan di kaca televisyen. Contohnya drama bersiri Harga Diri 1 & 2 dan Dia.

Sewaktu di Bali, beliau bersaksi di gereja Lembah Pujian bagaimana beliau berada di puncak kejayaannya, Tuhan memberikan FirmanNya sebagai ingatan bagi beliau. Firman Tuhan sudah tertera di dalam AlKitab, Amsal 1:7.

Beliau bersaksi bagaimana Tuhan telah menyelamatkan dia dari gejala-gejala yang negatif. Beliau menyeru semua yang hadir pada malam kebaktiaan itu menjadi pintar dengan takut pada Tuhan. Kesaksiaan beliau menarik hampir 4000 orang yang menghadiri servis di gereja itu.

Saya rasa banyak yang hadir itu sememangnya ingin melihat pelakon (actor) yang popular itu. Walau bagaimanapun apa tujuan mereka, yang jelasnya, Firman Tuhan yang diberikan beliau disampaikan kepada yang hadir.
Saya percaya Ari menghormati Tuhan melalui kerjanya. Dia ingin menjadi lain dari yang lain. Ertinya identitinya dalam Yesus tidak akan bergoncang. Inilah seruan dalam AlKitab agar kita berbeza dari duniawi. Ari pernah berkata "Kebahagiaan tidak didasari oleh banyaknya harta yang kita miliki, melainkan oleh kekayaan hubungan kita dengan Tuhan dan orang-orang yang kita hargai dan cintai ...".

Saya berterima kasih pada Tuhan adanya saudara seiman dalam bidang perfileman. Semoga beliau akan terus bersaksi kebaikkan Tuhan dan menjadi pelita bagi semua pelakon Indonesia khususnya.

Friday, August 05, 2005

Keindahan pantai Conrad @ Bali


Permandangan di atas diambil sewaktu terbitnya matahari.
Keindahan ini seumpama adanya kota bercahaya yang bakal didiami bagi orang-orang yang ditebus dengan darah Yesus.

Monday, July 25, 2005

Truth that set us free

by Peter Barnes

A news report the other day told of how some sniffer dogs -the kind that are used at airports to detect drugs-had accidentally been trained to detect talcum powder and not cocaine. Apparently, during the training of the dogs, the trainers had unwittingly been using the wrong kind of white powder. The result was that the poor canines ended out highly trained but useless.

Unable to choose
It rather reminded me of Dr Martyn Lloyd-Jones' report of C. Day Lewis' autobiography. C. Day Lewis (not to be confused with C. S. Lewis) was Professor of Poetry at the University of Oxford, and was not a Christian. He received the finest education that the modern Western world could offer. The problem was that he did not find the experience liberating. Lewis wrote: `Each proposition advanced by Plato or Aristotle, Hume or Berkeley, Spinoza or Kant, seemed irrefutable till I read the opposite viewpoint. It appeared that of everything that was true, the opposite was true.' In the end, he found it difficult to make up his mind about anything at all. He wrote: `It produced a mental state of doubt, uncertainty, scepticism and confusion, that made positive action almost impossible. Extreme doubt is like a thick fog.' That is the sad point to which the modern approach to truth has led us. In the name of humility, we have embraced vagueness at best, and dogmatic relativism at worst.

Truth may be known
How refreshing, then, to turn to Christ's promise to His people: `you will know the truth, and the truth will set you free' (John 8:32). A little later He adds that `if the Son sets you free, you will be free indeed' (John 8:36). This is a different world to that of the Mishnah or a modern university faculty. So much education these days is about learning more and more about less and less. In order to state the obvious, one must employ the latest sociological jargon. This is done to give the appearance of wisdom, and to disguise the paucity of thought.
The God of truth
God is a God of truth. He can do all things, so much so that it is impossible for Him to lie (Heb.6:18; Tit. 1:2). His Son, Jesus Christ, is not simply a teacher of the truth but is the truth (John 14:6). The Holy Spirit, who is the one who makes known salvation in the Son, is described as `the Spirit of truth' (John 16:13). Christ can say of Scripture as the Word of God: `Your word is truth' (John 17:17). Outside is a world of falsehoods and delusions; inside is God's revealed truth, what Simone Weil beautifully called `the radiant manifestation of reality'.

Truth under attack
Today the very notion of truth is under fierce attack. The only thing that is true is that nothing is absolutely true. It is not that the train has run off the rails, but that there are no rails to run off. There is a studied vagueness about all of life-from school report cards to political speeches to the modern pulpit.

Castro to Dan Brown...
Over the years, Fidel Castro has mastered the art of saying nothing at great length, but there are plenty of bureaucrats, journalists, educationists, and other experts who could run him a close second. C. Day Lewis"thick fog' is a mal4ise that permeates Western culture. Nothing else could explain the quite extraordinary popularity of Dan Brown's The Da irnci Code, with its thesis that `almost everything our fathers taught us about Christ is false.' People have discarded the Bible as unscientific, and embraced the Da Hnci Code as high truth because it justifies immorality. The Christ of the Bible is supposedly not true, but the sacred feminine is high truth itself. In other words, Christian sexual ethics are no longer binding.
... to Ahab
It was the same with Ahab's acceptance of Baal worship and his rejection of the true prophet Micaiah: `I hate him, for he never prophesies good concerning me, but evil' (1 Kings 22:8). A concern for truth has nothing to do with it. It is just a case of rationalised misbehaviour. So many believe in evolution, not because it is even faintly credible, but because it removes God from this world. Or they extol toleration because it means one can set aside more demanding issues like love and truth. We have become like those sniffer dogs-highly trained at missing the point. We easily imagine that we are pressing forward when we are only turning around. Is there any hope? One can only trust that Simone Weil got it right: `Christ likes us to prefer truth to him because, before being Christ, he is truth. If one turns aside from him to go to the truth, one will not go far before falling into his arms.'