Sunday, June 26, 2005

Dengar, Kenal dan Patuhi

Klik dengar ayat di atas dalam bahasa Ibrani

Ulangan 6:4-9: Saudara-saudara, ingatlah! Hanya TUHAN, dan TUHAN saja Allah kita!
Cintailah TUHAN Allahmu dengan sepenuh hatimu: Tunjukkanlah itu dalam cara hidupmu dan dalam perbuatanmu. Jangan sekali-kali melupakan perintah-perintah yang saya berikan kepadamu hari ini. Ajarkanlah kepada anak-anakmu. Hendaklah kamu membicarakannya di dalam rumah dan di luar rumah, waktu beristirahat dan waktu bekerja. Ikatkanlah pada lenganmu dan pasanglah pada dahimu untuk diingat-ingat. Tuliskanlah di tiang pintu rumahmu dan di pintu gerbangmu."

Ayat-ayat di atas menunjukkan bagaimana kita boleh mengasihi Tuhan dalam amalan kita seharian. Demi menjaga umat-umatNya agar tidak melupakan Tuhan dan juga generasi yang seterusnya, Tuhan telah memberikan firmanNya seperti yang tertulis dalam Ulangan 6:4-9.

Umat-umat Tuhan diseru untuk mendengar, mengenal dan mentaati Tuhan serta FirmanNya demi pertumbuhan rohani bagi setiap individu.

Ayat-ayat menyeru agar ibu-bapa mengajar anak-anak mereka agar mereka kenal Tuhan dan tidak akan lupakan Firman Tuhan.

Oleh itu, si ayah, pemimpin keluarga kena pastikan Firman Tuhan diperdengarkan di rumah agar keluarga itu tidak lupakan Tuhan begitu juga generasinya yang seterus.

Firman Tuhan kenalah diselami dalam hati setiap individu sebelum dapat diajarkan kepada orang lain.

Anak-anak kenalah mentaati ibu bapanya kerana inilah perintah Tuhan.

Oleh itu mendengar, mengenal dan mentaati Firman Tuhan adalah untuk membentuk rohani serta menjaga kesejahteraan setiap individu dan keluarga serta ahli-ahli keluarga.

2 comments:

keropok lekor said...

Shalom,
syabas kepada saudara kerana telah menyediakan satu platform kepada rakyat Malaysia untuk menghayati keindahan Tuhan dalam bahasa ibunda kita, Malaysia.

Sesungguhnya, blogspot yang satu satu ini telah banyak menarik perhatian saya, dan memberi inspirasi kepada saya untuk terus menggunakan bahasa Melayu dalam menghayati kepercayaan saya.

Seperti himne-himne bahasa Melayu yang dipaparkan, adakah ia dialihbahasakan oleh saudara ataupun sudahpun digunapakai?

saya sangat tertarik kepada blogspot saudara dan berharap agar dpt bertukar-tukar pendapat dengan saudara pada masa akan datang. Terima kasih dan assalamualaikum.

The Hedonese said...

assalamualaikum...

Elemental Hebrew class will be held in MBS every Thurs night

Interested? :)