Monday, December 20, 2004

Adakah umat kita bersedia?

Saya berkesempatan menghadiri dialog antara agama yang dianjurkan di UM. Isu yang diperdengarkan atau diperbincangkan adalah topic Kewanitaan dalam aspek agama. Wakil dari agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu mempersembahkan isu wanita mengikut pandangan agamanya.

Disamping itu, persatuan-persatuan agama ini mendirikan kaunter masing-masing untuk memberikan maklumat / informasi mengenai agama-agama masing. Ada kaunter Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Saya dapat melihat suasana yang mana banyak pelajar yang datang mengunjungi kaunter-kaunter untuk mengetahui serta memahami agama-agama lain.

Antaranya kaunter Hindu, mempamerkan kitab-kitab suci mereka serta membakar incense dan ahlinya bersedia untuk memberi maklumat kepada siapa-siapa sahaja yang bertanya. Di kaunter Buddha, ada yang mempamerkan buku-buku berkenaan agama Buddha.


Yang paling besar ialah kaunter Islam. Mereka mempamerkan buku-buku Islam yang memperkenalkan agama Islam, cakera padat, lagu-lagu nasyid. Kaunter itu ada menjual Al-Quran dalam bahasa Mandarin. Mereka ingin berdakwah Islam pada yang bukan Islam.

Antara buku-buku yang dijual, ada yang dari Sheikh Ahmed Deedat. Mendiang terkenal dengan usahanya untuk membawa Kristian ke Islam. Buku-bukunya yang bertajuk Muhammad in the Bible, Is Jesus the Son Of God? Semua buku yang dijual bertujuan dakwah.

Saya berasa dukacita apabila melihat kaunter Kristian itu kosong. Kosong bukan kerana tiada orang mengunjungi, kosong kerana tiada seorang ahlinya yang menjaga kaunter dan memberikan informasi kepada mereka yang mengunjungi dan bertanya. Malah risalah-risalah yang ada itu miskin dari segi informasi. Di lihat juga hanya majalah Asian Beacon, D2Y2 serta majalah-majalah dalam bahasa Cina sahaja yang ada. Saya bukan kata majalah-majalah itu tidak bagus, tetapi risalah-risalah yang harus dipamerkan atau diberikan itu hendaklah sesuai pada masa itu. Ada orang yang ingin mencari informasi / kebenaran tetapi tiada risalah yang sesuai untuk diberikan.


Saya dengan seorang pelajar UM duduk di kaunter tersebut. Ya...kami berasa sedih kerana tiada orang serta risalah-risalah yang sesuai pun tiada. Alangkah memalunya serta menyedihkan bila ada orang yang bertanyakan ...ehh kenapa tiada risalah seperti dulu.
Kami dapat menemui "sepupu" kita yang ingin mengetahui AlKitab. Mereka datang ke kaunter untuk mencari risalah tetapi tiada risalah.

Banyak soalan diajukan oleh bukan Kristian. Sama ada mereka nak tahu atau mereka nak mengenakan kita, kita kenalah bersedia menyampaikan jawapan. Begitu juga dengan halnya sewaktu dialog antara agama, dimana profesor itu mengatakan Kristian membolehkan poligami. Sebagai umat Kristian, kita bersedia menyampaikan hujah-hujah kebenaran.

Saya berfikir sejenak... Terkenang saya sewaktu saya dalam pengajian universiti di Australia, ada 6 jenis Christian Fellowship yang beroperasi dalam universiti itu. Sewaktu dalam road show, semua Christian Fellowship mendirikan kaunter masing-masing untuk menarik pelajar menjadi ahli persatuan / kebaktian itu. Di lihat juga satu persatuan Islam yang mendirikan kaunternya. Ada perbezaan antara 6 jenis Christian Fellowship dengan persatuan Islam ini. Orang-orang Islam berdakwah untuk menyampaikan mesej Islam pada pelajar-pelajar lain. Mereka melaungkan "Allah Akbar". "There is no god beside Allah and Muhammad is His Apostle". "Islam is the way of life". Manakala 6 jenis Christian Fellowship leka. Mereka hanya sibuk ambil ahli-ahli tetapi tidak menginjil. Walaupun universiti itu membenarkan Kristian untuk menginjil, malangya peluang ini disia-siakan sahaja.

Perkara ini serupa sahaja seperti yang saya lihat di UM. Saya rasa ini ialah masalah Kristian sendiri bukan sahaja di universiti, malah di merata-rata tempat. Kalau umat Kristian buat sikap yang leka, kuasa Jahat boleh bermaharaja lela. Kita kenalah melengkapkan diri kita untuk tujuan menginjil. Sebagai umat Yesus, kita kenalah maju dan terus maju.

Semoga kita sentiasa bersedia baik secara fizikal, ilmu serta rohani dalam pelayanan kita terhadap Yesus.

2 comments:

discordant dude said...

Thanks for the sharing. In UM, the CF faces 2 obstacles:

1. The dialogue organizers informed us last minute, not giving us ample time to set-up a more equip booth.

2. Scarcity in resources especially in BM and Mandarin language literatures.

However, this is not an excuse for us to be 'leka'. Some of us are planning to stir things up a little. Towards faithful witnessing next dialogue!

Steven Sim said...

The Parable of the Great City:
http://www.tblog.com/templates/index.php?bid=jacksaid&static=365651

Terima Kasih kerana memberi pandangan yang jujur terhadap keadaan persaudaraan Kristian di universiti pada masa kini.