Sunday, December 26, 2004

Minggu bersama pelajar universiti

Bersama dengan pelajar membuat saya teringat betapa masa cepat berlalu. Saya menamatkan pengajiaan saya pada akhir tahun 1997. Dan bila saya bersama dengan sekumpulan pelajar-universiti membuat saya rasa tua. Masa-masa itu mengingatkan saya masa-masa yang indah sebagai pelajar. Waktu itu, saya hanya fokuskan belajar, wang ringgit dibekalkan oleh mak ayah. Bestnya... jadi pelajar wahal dalam hati saya pada masa itu nakr keluar kerja, kononnya nak cari wang. Dalam artikel ini, saya ingin berkongsilah pengalaman saya dengan pelajar-pelajar universiti dari UM dan UPM.

Sebenarnya saya tak tahu pun nak buat persembahan untuk Krismas ini. Sehinggalah saudara Steven Sim ini, pelajar UM yang begitu berbakat (bakat yang dikurnia oleh Tuhan) hendak membuat suatu persembahan pada malam sebelum Krismas. Steven ingin mempersembahkan suatu lagu untuk memuji kelahiran Yesus dalam bahasa Melayu. Saya sokong dengan cadangannya. Dia pun mencipta lirik yang berimaginasikan di mana orang-orang di hutan yang tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Tuhan tetapi orang-orang tidak tahu siapakah Tuhan itu. Sehinggalah bila orang-orang ini menerima Yesus sebagai Tuhan, maka mereka memuji Tuhan Pencipta ini yang pernah menjelma sebagai manusia. Nampaknya Steven begitu berbakat sekali senhigga dapat menghasilkan suatu lirik yang memuji kelahiran Yesus. Segala pujian bagi Tuhan yang memberikan bakat serta ilham kepada Steven.

Berikutan dengan penghasilan lirik itu, saudari Susan, pelajar muzik di UPM menganalisa muzik dari suku Kadazan Laut. Muzik ini dikatakan wujud beratus tahun yang lalu. Lagu ini berorientasikan rimpun atau sajak. Susan ini pun dikira berbakat jugalah.

Steven dan Susan tidak begitu saling mengenali. Apa yang luabiasa ialah... sewaktu Steven mempersembahkan cadangannya untuk mempersembahkan sebuah lagu mengunakan liriknya, liriknya itu dapat disesuaikan dengan lagu Kadazan yang Susan tengah membuat kajiaanya itu. Hanya sedikit perubahan sahaja yang dibuat. Yang pasti hampir keseluruhannya dapat disesuaikan dengan lagu Kadazan itu. Tuhanlah yang mengabungkan lirik serta lagu Mereka bersaksi bahawa inilah kerja Tuhan yang beratus tahun dahulu dapat digunakan sekarang. Kesaksian membuat mereka memuliakan nama Tuhan baik dengan bibir mereka serta penghasilan muzik ini.

Begitulah ceritanya bagaimana saya di bawa masuk serta pelajar khususnya dari UPM dan UM serta 2 orang adik beradik yang bekerja di KBU untuk bersama-sama dalam koir untuk mempersembahkan lagu memjui nama Tuhan. Beberapa hari telah diambil untuk berlatih lagu. Dalam masa ini, saya amat gembira bersama pelajar-pelajar kerana dapat memahami dan mengenal mereka. Sewaktu kita berlatih, banyak lawak-lawak yang kita buat terutamanya lelaki. Bagi lelaki kita menyanyi "out of tune". Kita diketawakan oleh perempuan. Hmmm kita punyalah malu. Saya juga memuji Tuhan kerana ada ahli koir ini bukan Kristian. Semoga lagu ini akan megubah mereka untuk mempercayai Kristus.

Pada waktu itu, ada seorang pelajar mengalami krisis hidup. Tetapi saya berasa kagum kerana sewaktu dalam krisisnya, dia memfokuskan dirinya pada Tuhan. Tuhan membantunya Saya memuji Tuhan kerana dapat belajar darinya kerana saya pun berasa dukacita waktu itu. Apa yang saya belajar ialah tiada orang atau harta dapat dibandingkan dengan Yesus. Walaupun kita tak dapat apa yang kita hajati itu ataupun kehilangan baik harta benda atau kasih sayang, Yesus tetap menyayangi kita. Apa yang saya pelajari ialah bagaimana Yesus merasai bila kasih sayangNya pada manusia tidak dibalas balik. Kita sememangnya manusia yang berdosa. Tetapi kita berterima kasih atas kemurahan Tuhan kerana kasih sayangNya tiada terhingga. Kesimpulannya Yesus lah sumber hidup kita. Saya menunjukan lagu "Does Jesus Care?" Sememangnya Dia pedulikan kita waktu kita bergembira mahupun waktu kita berduka cita.

Saya berkesempatan memasuki UM dengan Steven untuk melihat dialog antara agama. Banyak pelajar yang bukan Kristian ingin mengetahui ajaran Kristus.

Pada malam sebelum Krismas, tibalah waktu kita mempersembahkan lagu. Dengan kemurahaan Tuhan serta berkatnya kita dapat mempersembahkan koir kita itu. Segala pujiaan bagi Tuhan.

Pada hari Krismas, saya dengan beberapa pelajar UM menghadiri Majlis rumah terbuka sempena Hari Krismas. Kita berpakaian Santa Claus untuk mengedarkan minuman serta coklat kepada mereka yang hadir untuk majlis terbuka itu. Saya melihat banyak kanak-kanak dengan ibu bapanya yang lari pada Santa Clause untuk mengambil kotak minuman serta gula-gula. Dalam hati saya Santa Clause ini bukanlah benar. Kalaulah mereka dapat datang ke Yesus dengan cara ini, kan lebih baik. Pada malam itu, nama Yesus kedengaran. Kumpulan koir menyanyi lagu-lagu carol yang memuji kelahiran Kristus. Puji Tuhan! Saya berasa gembira kanak-kanak serta dewasa gembira mendapat minuman serta makanan. Diharapkan mereka akan dapat mendengar Berita Baik (Injil) serta mengetahui siapakah Yesus sebenarnya.

Inilah pengalaman saya bersama pelajar-pelajar universiti ini. Diharapkan persekutuan saya dengan mereka bukanlah hanya untuk masa berlatih tetapi untuk sepanjang hayat kerana kita bersatu dalam Kristus. Saya juga berharap dapat melibatkan diri dengan mereka yang mahu membawa harapan kepada sesiapa sahaja. Dan segala apa yang kami lakukan itu hanyalah untuk kemuliaan Raja kita.

3 comments:

Jack The LOT{B}R said...

Segala puji-pujian hanya pada TUHAN allah yang maha tinggi. Dialah yang mengurniakan kepada sesiapa yang Dia berkenaan. Semoga bakat dan keupayaan kita, yang semuanya milik Dia, akan mengagungkan nama Yesus! Memang kita Umat Pemenang!

Terima kasih Hawariyun atas tulisan yang begitu mengharukan. Saya bersyukur mempunyai saudara sebagai saudara seiman.

ms. see-taw-pear-ley said...

Blessed Christmas! :)

jacksons said...

That's got to be the 2 funniest looking santa's I have ever seen. :)