Monday, August 08, 2005

Wahhh.... bertemu dengan Ari Wibowo

















Sewaktu persidangan Apologetika di Bali, saya berkesempatan bertemu dengan pelakon Indonesia yang terkenal iaitu Ari Wibowo.

Rakan-rakan sekerja saya terutamanya perempuan tahu siapa Ari Wibowo. Mereka seakan-akan tergilakannya. Sudah sahlah seluruh rakyat Malaysia yang suka filem Indonesia pasti mengenalinya. Bagi saya, saya tidak mengenalinya.

Di Malaysia, lakonan Ari Wibowo ditayangkan di kaca televisyen. Contohnya drama bersiri Harga Diri 1 & 2 dan Dia.

Sewaktu di Bali, beliau bersaksi di gereja Lembah Pujian bagaimana beliau berada di puncak kejayaannya, Tuhan memberikan FirmanNya sebagai ingatan bagi beliau. Firman Tuhan sudah tertera di dalam AlKitab, Amsal 1:7.

Beliau bersaksi bagaimana Tuhan telah menyelamatkan dia dari gejala-gejala yang negatif. Beliau menyeru semua yang hadir pada malam kebaktiaan itu menjadi pintar dengan takut pada Tuhan. Kesaksiaan beliau menarik hampir 4000 orang yang menghadiri servis di gereja itu.

Saya rasa banyak yang hadir itu sememangnya ingin melihat pelakon (actor) yang popular itu. Walau bagaimanapun apa tujuan mereka, yang jelasnya, Firman Tuhan yang diberikan beliau disampaikan kepada yang hadir.
Saya percaya Ari menghormati Tuhan melalui kerjanya. Dia ingin menjadi lain dari yang lain. Ertinya identitinya dalam Yesus tidak akan bergoncang. Inilah seruan dalam AlKitab agar kita berbeza dari duniawi. Ari pernah berkata "Kebahagiaan tidak didasari oleh banyaknya harta yang kita miliki, melainkan oleh kekayaan hubungan kita dengan Tuhan dan orang-orang yang kita hargai dan cintai ...".

Saya berterima kasih pada Tuhan adanya saudara seiman dalam bidang perfileman. Semoga beliau akan terus bersaksi kebaikkan Tuhan dan menjadi pelita bagi semua pelakon Indonesia khususnya.

2 comments:

Leon Jackson said...

Great guy that Ari Wibowo - really labouring for the Lord.

Rachel Yuliani said...

Ari doaku sll untukmu keep in Christ forever!! dlm duniamu yg penuh dgn godaan!! jgn sprti artis2lain yg ngakunya Kristen tp srg kali jatuh lagi. I believe u are good person when first i meet u. Jgn salibkan Jesus 2 X. Jbu