Saya amat tertarik dengan cara Brian McLaren berkhutbah di gereja CLGC. Beliau membaca sebuah petikan dari Injil Yohanes (Yohanes 8:2-11). Sambil beliau membaca, dia menyuruh kita untuk membayangkan setiap watak yang terdapat dalam petikan itu. Dia juga menggalakkan kita untuk menyuarakan perasaan setiap watak yang terbabit semasa khutbah beliau. Komen-komen yang diberikan oleh para jemaah diambil kira dan dibincang semasa dalam khutbahnya. Berikut adalah petikan yang dibacanya, (Petikan ini diambil dari AlKitab BM)
Kemudian semua orang pulang ke rumah, tetapi Yesus pergi ke Bukit Zaitun. Keesokan harinya, pagi-pagi sekali Dia pergi ke Rumah Tuhan dan semua orang di situ datang kepada-Nya. Dia duduk lalu mula mengajar mereka. Sementara itu guru Taurat dan orang Farisi membawa seorang wanita kepada Yesus. Wanita itu didapati berzina. Mereka menyuruh wanita itu berdiri di hadapan semua orang, lalu berkata kepada Yesus, "Guru, wanita ini tertangkap basah ketika berzina. Di dalam kitab Taurat, Musa memerintahkan agar wanita seperti ini direjam sehingga mati. Tetapi apakah pendapat guru?" Mereka bertanya demikian kerana hendak memerangkap Yesus, supaya mereka boleh menuduh Dia. Tetapi Yesus menunduk dan menulis di tanah dengan jari-Nya. Mereka terus-menerus bertanya kepadanya. Oleh itu Yesus meluruskan badan-Nya dan berkata kepada mereka, "Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia." Setelah itu Yesus menunduk semula dan menulis lagi di atas tanah. Apabila mereka mendengar Yesus berkata demikian, seorang demi seorang, mulai daripada yang tertua, meninggalkan tempat itu. Akhirnya hanya Yesus dan wanita yang masih berdiri itu ada di sana.10 Yesus meluruskan badan-Nya lalu berkata kepada wanita itu, "Di manakah mereka? Tidak adakah orang yang menghukum kamu?" "Tidak ada, tuan," jawabnya. "Baiklah," kata Yesus, "Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi."
Persoalan yang tertimbul dalam otak saya ialah bagaimanakah kita menilai seseorang? Adakah kita menghakimi seseorang berdasarkan status sosial? Jika saya mempunyai seorang rakan yang mengamal kehidupan homoseksual, adakah saya menjauhi diri saya darinya atau menjadi kawannya? Adakah saya menghakiminya?
Adakah semasa kita menegakkan keadilan dan kebenaran, mungkinkah kita dibutai bila menghakimi sesama sendiri? Adakah kita lupa siapakah Hakim yang sebenarnya? Pada hakikatnya kita ingat kita menegakkan kebenaran wahal kebenaran itu sendiri mendedahkan siapakah diri kita sebenarnya.
Yesus tidak menafikan dosa yang dilakukan oleh si penzina itu. Malah Baginda juga mendedahkan dosa-dosa munafik yang ada pada para guru agama dan orang awam yang ingin merejam perempuan itu. Sememangnya kita diseru menegakkan kebenaran dan mengutuk dosa tetapi kita juga kena kaji selidik dalam diri kita bahawa kita ini pernah berdosa. Pada waktu itulah Yesus sebagai Hakim Kebenaran mendedahkan semua dosa manusia. Walaupun Baginda tidak mengutuk perempuan itu, Baginda juga tidak setuju dengan perbuatan perempuan itu. Tetapi Baginda dengan rasa kasih kurniaNya menasihati perempuan itu supaya tidak berdosa lagi.
Setelah memikirkan dengan mendalam, saya dapat merasakan diri saya ini mempunyai dua personaliti iaitu Farisi dan penzina. Dalam watak Farisi itu, saya selalu menghakimi orang lain tanpa mengetahui dalam diri saya sebenarnya. Memang mudah untuk menghakimi orang tetapi amat susah bila bersemuka dengan dosa-dosa sendiri. Dalam kebodohan yang saya lakukan, Tuhan melihat saya dengan penuh rasa kasih sayang menasihati saya jangan melakukan perbuatan ini.
Hanya dalam rahmatNya sahajalah kita bebas tetapi ia tidak bermaksud kita bebas dari dosa. Inilah yang saya harus ingat agar kasih Allah pada saya tidak membutakan saya dalam menilai sesama sendiri. Bolehkah komuniti Yesus menerima sesama sendiri tanpa menghiraukan status sosial?

No comments:
Post a Comment