Friday, April 06, 2007

Jumaat Agung

Hari ini adalah hari Jumaat Agung bersamaan 6-April-2007. Hari kita mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan Yesus Kristus dalam penebusan umat manusia.

"Lalu aku melihat lagi. Aku mendengar suara malaikat yang beribu-ribu dan berjuta-juta bilangannya! Mereka berdiri mengelilingi takhta, keempat-empat makhluk, dan para pemimpin itu. Mereka menyanyi dengan suara yang lantang, "Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, penghormatan, kemuliaan, dan pujian." (AlKitab Berita Baik Why 5:11-12)



1)

Ya TUHAN, Bapa kami, kami bersyukur kepadaMu kerana Engkau mengasihi dunia ini sehingga memberi AnakMu yang tunggal kepada kami dan kepada semua manusia.

Kami bersyukur, ya Tuhan,
Kerana kesengsaraan Yesus di Taman Getsemani,
Kerana kesabaran dan kelemahlembutanNya di dewan pengadilan, dan
Kerana bilur-bilurNya yang menyembuhkan kami.

Kami bersyukur, ya Tuhan,
Kerana Yesus datang untuk menyelamatkan orang sesat;
Kerana Dia merendahkan diri dan taat sehingga mati, bahkan di kayu salib;
Kerana Dia mengasihi kami sehingga mengorbankan nyawaNya bagi kami;
Kerana Dia menyerahkan nyawaNya sebagai tebusan bagi ramai orang;
Kerana Dia merupakan persembahan yang harum dan korban yang sempurna kepadaMu.

Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya bagi sahabt-sahabatnya. Tolonglah kami pada hari ini supaya tidak lupa akan kasih Yesus yang mengorbankan nayawaNya bagi kami.

Dengarlah doa ini, demi kasihMu. Amin


2)
Ya Tuhan Yesus Kristus, yang pernah berkata, 'Apabila Aku ditinggikan dari bumi, Aku akan menarik semua manusia kepadaKu."
Arahkanlah pandangan mata kami pada hari ini kepada SalibMu.

Tolonglah kami melihat dalam SalibMu hidup manusia yang bergelumang dalam dosa. Tolonglah kami melihat Salib itu bahawa dosa ialah bermusuhan dengan Engkau, bahawa dosa ialah pemusnah segala yang mulia dan musuh segala yang murni.

Tolonglah kami melihat dalam Salib itu kasihMu dicurahkan bahawa Engkau mengasihi kami sehingga tiada perkara yang tidak sanggup Engkau korbankan.

Tolonglah kami melihat dalam Salib itu kengerian dosa, dan menjauhkan diri daripadanya untuk selama-lamanya.

Tolonglah kami melihat dalam Salib itu keajaiban kasih dan menyerahkan diri kepadanya untuk selama-lamanya.

Kami mohon ini demi kasihMu. Amin
(Sumber doa-doa dipetik dari buku Sumber Ibadat terbitan Scripture Union).


4 comments:

Anonymous said...

Mana Yesus?
Mana Allah?
Mana Meriam?

Mana pembaptisan?

Dari mana semua di atas itu?
Kenapa Kitab Injil seenak perut diubah mereka? kenapa lukas? kenapa Methiew? kenapa Markus? Kenapa Jhon? Siapa mereka ini bagi Nabi Isa a.s? Nabi Isa langsung tidak mengenali mereka?
kenapa mereka mengikut kepala masing-masing mengubah ayat-ayat dari ALLAH? Ada sistem memori? beza nabi Isa dan mereka berempat itu adalah 40 TAHUN!!! SEENAK perut mereka mengubah-ubah!! APA ITU PERJANJIAN LAMA? Apa itu Taurat? Jadi yahudi anuti sekarang apa? ALLAH itu Esa!! tiada dua tiada anak!! bagaimana tuhan ada anak? Kalau begitu sama dengan dewa-dewa greek la!!! Just Thinking simple of this....

Anonymous said...

Di manakah di dalam Al-Quran dikatakan kitab Injil sudah diubah? Sesungguhnya Al-Quran itu tidak dipalsukan (Surah 10:38). Disebabkan itulah Nabi Muhammad s.a.w setiap kali baginda merujuk kepada kitab-kitab sebelumnya, selalunya dengan sikap berhormat, mengakui bahawa kitab-kitab tersebut diturunkan oleh Allah s.w.t. Jelas sekali Nabi Muhammad s.a.w. seorang insan yang sungguh teristimewa, dan alangkah baiknya sekiranya kita boleh merenungkan apakah sikap sepatutnya kita sendiri. Allahu akbar. Sesungguhnya Allah swt langsung tidak memerlukan "pembantu" di dunia untuk menegakkan ke-Esa-an mahupun keagongan- Nya.

Anonymous said...

Allah hanya SATU dan SATU sahaja. Seperti yang diterangkan dalam Surah Al-Ikhlas

Bismi Allahi alrrahmani alrraheemi

Qul huwa Allahu ahadun
Allahu alssamadu
Lam yalid walam yooladu
Walam yakun lahu kufuwan ahadun

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Katakanlah, "Dia-lah Allah Yang Maha Esa,
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.
dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.

Amin

Anonymous said...

Kalau Tuhan itu Tuhan, adakah apa-apa yang mustahil baginya?

Kalau Dia mahu anak, suka hati Dialah. Kalau Dia tidak mahu anak, suka hati Dialah.

Malangnya, orang Islam cakap satu perkara daripada wahyu yang kononnya diturunkan kepadanya, orang Kristian cakap lain berdasarkan wahyunya.

Kenyataan lawan kenyataan, wahyu menentang wahyu.

Oleh itu, slogan-slogan dan cogankata-cogankata yang dikeluarkan tidak memberi apa-apa manfaat dan kesan...

A cakap gini, B cakap lain.

Maaf ya En. Hawariyun, Mance, Muslimah dan Bapak gi.

Sekadar hujah tidak memadai, perlulah bukti-bukti lain.