Friday, April 06, 2007

Upacara Tenebrae di BLC

Pada hari Jumaat Agung, saya dan beberapa rakan saya menghadiri upacara Jummat Agung di Gereja Lutheran Bangsar. Pada malam itu, buat kali pertama saya menghadiri upacara Tenebrae yang bermaksud bayangan dalam Latin.
Upacara ini diadakan dalam suasana lampu-lampu dimalapkan supaya jemaat dapat memfokuskan kepada 5 lilin yang dinyalakan. Ini untuk menunjukkan suasana hiba dalam memperingati saat-saat Yesus semasa baginda dikhianati, sengsara, kesunyian, penderitaan sebelum kematianNya.
Petikan dari Injil Yahya dibaca (Bab 18 - 19) dan diikuti dengan nyanyian ringkas serta renungan supaya para jemaat dapat membuat refleksi dari bacaan itu.

Inilah kali pertama saya menghadiri upacara tersebut dan saya ingin mahu menghadirinya tahun yang akan datang. Semasa melihat lilin itu terpadam satu persatu, dapat dibayangkan keadaan sewaktu Yesus mengharungi sebelum kematiannya. Lebih-lebih lagi bila lagu hymn yang berjudul "Were You there when they crucify the Lord... it caused me to tremble". Saya mungkin tidak faham sepenuhnya mahupun dari segi minda mahupun secara emosi penderitaan dan kesengsaraan Yesus. Tetapi suasana yang hiba pada malam itu membuat saya terharu dengan kasih Yesus demi membebaskan umat manusia dari cengkaman dosa. Memang benar Yesus mati disalibkan. Inilah berita yang harus saya beritahu pada semua orang. Walaupun telah banyak kali saya mendengar cerita ini, namun ia tidak pudar ditelan zaman tapi ia membangkitkan and menyentuh hati saya mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan Yesus Kristus.

Pendeta Sivin Kit juga menunjukkan satu portrait yang dihadiahkan oleh kawannya. Pemberian hadian ini amat melucukan. Kononnya portrait ini diberikan kepada Pendeta Sivin selepas kawannya dinasihati oleh pakar Feng Shui untuk tidak menyimpankan portrait dalam pejabatnya. Portrait ini ialah Yesus dikhianati oleh Yudas. Hati saya tersentuh bila pendeta Sivin mengulas dari pemerhatiannya dalam portrait itu. Pendeta menanya sama ada kita mengkhianati Yesus bukan literal tetapi mungkin dari aspek lain. Ia membuat saya merenungi adakah percakapan, perbuatan, permikiran dan sebagainya ialah tindakan mengkhianati Yesus.
Saya ingin berterima kasih kepada Eng Jee, Bob, Kia Meng dan Alvin yang sudi makan malam bersama saya sebelum mneghadiri upacara Jumaat Agung dan supper di OUG.






No comments: