Sunday, April 08, 2007

Kristus sumber pengharapan




Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita itu, "Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus yang telah disalibkan itu. Dia tidak ada di sini. Dia sudah bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu. Marilah lihat tempat jenazah Yesus diletakkan.
Matius 28:5-6

Kebangkitan Yesus memberikan jaminan kepada mereka yang percaya bahawa suatu hari nanti tubuh mereka akan dibangkitkan. Seperti yang tertulis dalam 1 Korintus 5:20, "Tetapi sebenarnya Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Itulah jaminan bahawa mereka yang sudah mati akan dibangkitkan juga."

Ayat ini menjadi penghibur dan pengharapan bagi mereka yang telah mati dalam Kristus bahawa satu hari nanti mereka akan dibangkitkan sepertiNya. Kristus sebagai hasil pertama (buah sulung) menjamin bahawa kebangkitan tubuh ini akan dimiliki oleh mereka yang percaya. Lebih dari itu, kebangkitan Kristus menjaminkan dan memberikan kita keyakinan bahawa kuasa maut - musuh terakhir kita telah dihapuskan.

Maut bukan perkara terakhir bagi anak-anak Allah. Maut perkara yang ditakuti ataupun kegelapan. Bila mereka yang percaya mati atau maut, dia bagaikan tidur dengan nyenyaknya. Yesus berkata, "Sebab Aku hidup, Kau akan hidup juga" (Yahya 14:19).
Oleh itu kebangkitan Yesus memberikan kita (bagi mereka yang percaya) jaminan dan keyakinan bahawa kita akan dibangkitkan suatu hari nanti. Inilah perjanjian iaitu kehidupan kekal yang diberikan kepada mereka yang percaya.

No comments: