"Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati, dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya." ... "Maka menangislah Yesus." (TB Yohanes 11:25-26; 35)
Sekian lama, dah tiga tahun, pengikut-pengikut serta sahabat Yesus mengiringiNya sambil mendengar sabdaNya, mereka juga melihat mukjizat Tuhan. Orang yang berpenyakit disembuhkanNya, orang yang mati dihidupkan kembali serta mempunyai kuasa atas alam semesta serta mengusir orang yang dirasuk iblis. Ajaran-ajaran telah disampaikanNya dengan penuh kuasa. Tidak ada orang dalam sejarah Israel mempunyai seorang guru atau rabbi yang dapat berkhutbah dengan penuh kuasa.
Ada yang hanya menerimaNya hanya sebagai seorang nabi, guru dan orang alim. Petrus mengakuiNya sebagai Anak Tuhan. Apakah pandangan anda? Dia seorang biasa sahaja atau lebih dari itu?
Yesus merasai rintihan manusia bila adanya kematian atau kehilangan orang yang disayangi. Kematiaan Lazarus bukanlah di luar pengetahuanNya malah Dia boleh membawa Lazarus hidup kembali. Dialah Tuhan.
Martha percaya pada hari kebangkitan (pada masa depan) di mana abangnya boleh hidup kembali. Malah dia juga percaya Yesus dapat menyembuhnya kalaulah Yesus datang lebih awal sebelum kematiaan Lazarus. Martha percaya pada kekuasaan Tuhan walaupun Yesus memberitahunya yang Lazarus akan hidup kembali. Martha mungkin tertanya-tanya kenapakah Lazarus dapat dihidupkan wahalnya dia telah mati dan dikuburkan. Badannya dah reput.
Iman kita serupa juga dengan Martha. Walaupun kita percaya pada Tuhan secara hypothetically, dan janjiNya - tetapi pada jangka masa yang panjang. Kita mungkin precaya Tuhan akan melakukan sesuatu jika diberikan tempoh masa panjang. Selalunya kita sangsi yang Tuhan dengan kuasaNya akan melakukan sesuatu perkara sekarang. Tuhan dapat melakukan segala perkara dari dulu, sekarang dan juga pada masa akan datang jika itu kehendakNya.
Yesus menangis melihat iman mereka yang mengikutiNya sekian lama. Adakah manusia sering lupa apa yang diberkatiNya. Adakah manusia sangsi akan kuasaNya? Pengikut-pengikutnya serta sahabatNya masih tidak nampak lagi bahawa Anak Tuhan berkuasa dalam hidup manusia. Kini dia dalam perjalanannya ke Yerusalem di mana Dia akan mengubah sejarah manusia.
Yesus menangis juga kerana dosa manusia yang membawa maut serta pemisahan manusia dari Tuhan. Dia dapat melihat salib dan kuburNya serta sengsara yang akan ditimpaNya demi membawa manusia kembali pada Tuhan. Demi kasihNya pada dunia ini, dia tetap mengharungi Jalan Sengsara (Via Dolorosa).
Lazarus dibangkitkan secara fizikal. Ada yang memuji Tuhan dan ada yang melaporkan perkara ini pada orang Farisi yang sudah lama ingin bunuh Yesus.
Semoga kita percaya pada kekuasaan Tuhan yang tidak mengenal batasannyadari segi masa.
No comments:
Post a Comment