Rumah-Ku ... rumah doa bagi segala bangsa
Yesus memasuki ke dalam bait Tuhan bersama-sama dengan pengikutNya. Beliau memasukki dan berasa marah melihat keadaan dalam Bait Tuhan yang tidak menyenangkan. Beliau menghalau pedagang-pedagang yang mengambil kesempatan untuk menipu dan tidak menghiraukan orang-orang yang ingin berdoa. Yesus berseru "RumahKu adalah tempat untuk berdoa, tetapi engkau menjadikannya tempat penyembunyian pencuri-pencuri".
Orang-orang yang datang jauh tanpa membawa binatang korban diambil kesempatan dengan pertukaran duit asing. Dengan ini pedagang ini memperolehi keuntungan dengan mengenakan bunga yang tinggi.
Kawasan pedagang-pedagang adalah kawasan di mana orang-orang bukan Yahudi yang menganuti ajaran Judaism. Disinilah kawasan yang mereka boleh melakukan sembahyang serta doa. Pegawai-pegawai bait Tuhan itu yang membenarkan pedagang-pedagang berniaga di kawasan sembahyang itu sengaja tidak mahu orang-orang bukan Yahudi untuk bersembahyang. Ini bertentangan dengan ajaran yang tertulis dalam Perjanjian Lama.
Yesaya 56:6-7 tertulis, "Dan orang-orang asing yang menggabungkan diri kepada TUHAN untuk melayani Dia, untuk mengasihi nama TUHAN dan untuk menjadi hamba-hamba-Nya, semuanya yang memelihara hari Sabat dan tidak menajiskannya, dan yang berpegang kepada perjanjian-Ku, mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang kudus dan akan Kuberi kesukaan di rumah doa-Ku. Aku akan berkenan kepada korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka yang dipersembahkan di atas mezbah-Ku, sebab rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa."
Jelas di sini Tuhan menginginkan rumahNya menjadi doa bagi orang-orang yang berdosa juga. Baik dia itu penjahat, penzina dan juga yang bukan agama Kristian. Tuhan yang mencipta manusia mendengar rintihan dan juga pujian dari manusia. Rumah Tuhan haruslah dijadikan tempat untuk mengadu, meluahkan isi hat. Umat Kristian haruslah menjadi tempat Tuhan itu tempat yang penuh dengan kasih sayang bukan sahaja untuk umat Kristian itu sendiri, untuk juga yang bukan agam Kristian. Kita kena mengalukan orang-orang yang terbiar seperti penagih dadah, pelacur, orang yang dizalimi. Begitu juga rumah Tuhan bukanlah untuk satu bangsa itu sahaja malah untuk segala bangsa.
Dengan ini, umat Kristian kenalah menerima orang-orang tidak kira latar belakangnya, darjatnya, warna kulitnya, negaranya dan sebagainya kerana sesungguhnya semua manusia , kehidupan adalah sangat berharga dalam mata Tuhan
Monday, March 21, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment