Thursday, March 24, 2005

Jejak Minggu Kudus

Nak Jadi PengikutKu?




Ini ialah permandangan depan di dalam Gereja Caulfield Presbyterian Church di Melbourne.

Ayat ini menjadi turutan bagi jemaat gereja ini. Berkata pengetua gereja itu, mereka tidak memandang pada banyak bilangan jemaat tetapi ingin memperkuat jemaat yang sedia ada dalam iman, firman Tuhan serta kasih sayang. Ikatan umat-umat Kristian dilihat jelas dalam kehidupan mereka seharian, berkongsi makanan selepas servis dan juga mereka akan bersama-sama dalam melakukan kerja-kerja amal dan juga aktiviti luaran contohnya kem gereja.

Saya pernah bersama-sama dengan mereka sewaktu saya belajar dulu dan mendapati kasih yang diberi membuat saya ingin menjadi ahli jemaat gereja itu.

Teladan Yesus yang ditunjukkan dalam membasuh kaki pengikutNya membawa kita dalam konteks pelayanan orang lain. Ini melibatkan kita dalam sifat tidak mementingkan diri sendiri dan mengasihi orang seperti sendiri.

Kasih kita merangkumi untuk semua orang baik Kristian atau tidak. Konteks ini mengatakan kasih terhadap orang Kristian diutamakan kerana umat Kristian adalah sekeluarga. Ini juga tidak bermaksud orang bukan Kristian dianak tirikan. Sesungguhnya semua manusia adalah amat berharga dan itu sebabnya Yesus berkorban untuk mereka.

Kasih mengasihi adalah perintah Yesus yang diberikan kepada pengikutnya. Dilihat dalam Perjanjian Lama, Tuhan Allah sewaktu memberikan sepuluh rukun, bahagian pertama mengenai kasih kepada Tuhan dan bahagian kedua kasih sesama sendiri. Jelas kasih pada Tuhan dan orang lain merupakan titik pusat dalam Kristiani.

No comments: