Saturday, May 14, 2005

Jalan2 Cari Makan @ Melaka

Jikalau anda berada di Melaka, janganlah lupa singgah di pernempatan orang Protugis. Di situ adanya medan makan yang menjual pelbagai makanan.

Saya dan rakan sekerja saya dalam perjalanan ke Johor bersinggah di Melaka untuk berjumpa dengan salah satu daripda staf kita, Dolly namanya. Kami seperti biasa membantu staf itu dalam membaik pulihkan komputer ribanya (laptop). Dolly dan suaminya belanjakan kita makan di medan makan itu.




Restoran J & J menjadi tumpuan kami. Medan makan ini terletak bersebelahan dengan pantai. Oleh itu memang banyak makanan laut terdapat di sini.

Medan makan ini kebanyakkannya adalah orang Protugis itu sendiri. Tuan punya Restoran J & J kenal benar dengan Dolly. Oleh itu, tuan punya restoran menghidangkan makanan yang lazat. Kami dihidangi dengan steam crab dan asam fish. Sedap benar makanan tu.





Kami berasa begitu syok sekali makan sambil berbual-bual. Suasana itu diceriakan lagi dengan nyanyian lagu popular Protugis tempatan iaitu Jinkling Nona. Pada hujung minggu atau hari kelepasan am, banyak yang datang dari KL, Singapore mengunjungi kawasan medan makan itu.

Orang-orang di sana amat peramah dan berlawak jenaka. Malam itu memang meriah adanya banyak pengunjung-pengunjung serta lagu-lagu tempatan yang dimainkan.

Di kawasan itu adanya monumen Saint Peter yang didirikan. St Peter pada suatu masa dulu ialah seorang nelayan. Penduduk di situ kebanyakkannya nelayan dan mereka berdoa agar memudahkan rezeki mereka semasa di laut.




Pada waktu malam, di Banda Hilir, kami mengunjungi Junko Walk. Sama seperti di Petaling Street, KL di mana banyak peniaga yang menjual barang-barang.

Semasa kami berjalan, kami nampak banyak rumah-rumah lama yang masih dikekalkan sampai hari ini. Tempat-tempat ini merupakan tempat yang bersejarah. Di sini terdapatnya Cina Peranakan yang dipanggil Baba dan Nyonya.



Inilah keadaan di Junko Walk. Ramai peniaga yang menjual barang-barang




Inilah rumah Cina lama yang masih dikekalkan sampai hari ini buat kunjungan baik dari dalam negara mahupn dari luar negara

Saya dan rakan sekerja berasa amat gembira mengunjungi tempat-tempat ini. Apa yang lebih penting lagi ialah keadaan serta suasana di kerajaan Tuhan. Sesungguhnya kerajaan Tuhan tidak dapat dibandingkan dengan keindahan di dunia ini.

Semoga kawan saya menerima kasih serta pengampunan Kristus dalam hidupnya. Saya berharap saya akan berjumpanya di kerajaan Tuhan pada masa depan nanti.


No comments: