Permandangan ini diambil sewaktu kami (saya dan rakan sekerja saya) dalam perjalanan pulang dari sebuah sekolah yang terletak dalam penempatan FELDA di Kota Tinggi, Johor. Permandangan langit di waktu lewat petang tersergam indah. Kawasan di mana foto itu diambil ialah kawasan estet. Begitu indah langit sewaktu matahari terbenam.
Mazmur 19 : 1-2
"Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya; hari meneruskan berita itu kepada hari, dan malam menyampaikan pengetahuan itu kepada malam"
Dari Mazmur di atas, melihat permandangan indah dapat membantu kita dalam renungan harian kita pada Tuhan.
Kita harus menghargai kejadian Tuhan
Melihat permandangan indah seperti pergunungan, laut, langit atau berjalan-jalan di tepi pantai sememangnya membuat kita terfikir ... "mesti ada sesuatu atau kuasa yang lebih tinggi dari saya sendiri". Melihat keindahan alam membuat kita terfikir adanya Pencipta yang mencipta keindahan alam ini. Bila kita terfikir atau merenungi sesuatu keindahan, kita mendapat ilham atau wahyu yang semulajadi. Baik yang Kristian atau tidak, keindahan alam ini menjadi petanda atau wahyu semulajadi adanya Pencipta. Melalui penglihatan (tidak perlu adanya kata-kata) cukup untuk menghayati kebesaran Pencipta alam ini.
Permerhatian
Kita kena membandingkan permerhatian kita dan orang lain dengan apa yang tertulis dalam AlKitab. Manusia boleh mengeluarkan pelbagai ilmu atau hipotesis. Tetapi jikalau bercanggah dengan apa yang tertulis dalam AlKitab, dikiranya tidak betul.
Contohnya kawan saya berkata kejadian alam serta manusia adalah melalui evolusi. Ini bercanggah dengan AlKitab walaupun dalam logik saya mengatakan dapatkah perubahan evolusi ini menjadikan atau membentuk sesuatu yang begitu indah serta mengekalkannya mengikut hukum alam. Biarkanlah dia seorang professor, jikalau pemerhatiannya bercanggah dengan AlKitab sememangnya tidak betul.
"All truth is God's truth" - ungkapan dalam Inggeris ini haruslah kita fahaminya. Kalau sesuatu itu betul, ia memang benar. Kita kenalah bandingkannya dengan wahyu diturunkan Tuhan (Firman Tuhan) untuk memastikan kebenarannya.
No comments:
Post a Comment