Tuesday, May 31, 2005

Lawatan ke Langkawi

Setiap kunjungan atau lawatan ke Langkawi tidak dipisahkan melihat keunikkan serta kecantikkan helang ini. Binaan helang ini terletak beberapa minit dari Jeti Kuah. Ia dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir pada April 27, 1996. Ia juga salah satu daripada mercu tanda terbaru dibina di Langkawi dengan ukuran 12.6mx21.6m memakan belanja sebanyak RM 12.5 juta.

Pulau Langkawi yang merangkumi antara 104 pulau-pulau kecil, merupakan pulau terbesar.

Pelbagai tempat yang menarik pelawat-pelawat baik dari dalam serta luar negara. Pantai-pantai yang tersergam indah serta alam semulajadinya menarik pelbagai pelawat kembali ke alam semulajadi.

Keindahan Pantai Cenang tersergam indah sewaktu terbenamnya matahari. Saya kesini setiap lewat petang melihat keindahannya.

Tempat peringatan Mahsuri ini terletak di Makam Mahsuri. Langkawi terkenal dengan banyak lagenda seperti yang tercatat dalam Hikayat Maha Merongwangsa, Mahsuri dan pelbagai mistik

Saya berkesempatan mengambil gambar bersama dengan dua orang yang berpakaian Melayu :

Saya berasa gembira disamping bekerja saya dapat bersiar-siar di Langkawi. Semasa saya berpusing-pusing di pulau itu, saya nampak ada sebuah gereja Cina dan sebuah pertubuhan Kristian di Langkawi. Pujilah Tuhan kerana adanya nur di kalangan saudara seiman kita di Langkawi.



No comments: