Tuesday, March 29, 2005

Kesan Kebangkitan Yesus dalam sejarah manusia

"Engkaulah yang layak ... Sebab engkau telah dibunuh dan oleh kematianmu engkau menyelamatkan manusia dari segala puak, bahasa, kerajaan dan bangsa untuk Allah" Wahyu 5:9

"Anak Domba yang telah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, kehormatan, kemuliaan dan kepujian!" Wahyu 5:12


Kebangkitan Yesus membawa impak serta maksud yang mendalam dalam sejarah manusia contohnya :

1. Keunggulan Apologetika : Mukjizat dalam Alkitab benar.
Kebangkitan dari maut , jika dipercayainya, mukjizat yang lain menunjukkan kekuasaan Tuhan. Jika seseorang menerima dan percaya kebangkitan Yesus, maka mukjizat yang lain tiada masalah untuk dipercayainya.

2. Bukti adanya Tuhan yang Maha Hidup.
Jika kebangkitan Yesus tidak direliasasikan, maka rancangan Tuhan dalam penebusan manusia hanya berakhir dalam kubur kosong sahaja. Maut merupakan destinasi bagi manusia. Iman kita itu kekosongan. Puji Tuhan... kebangkitan Yesus menunjukkan kekuasaan Tuhan dalam semua hal, termasuk maut.

3. Kebenaran dalam nubuat yang tertulis dalam kitab-kitab suci serta sabda Yesus sendiri
Segala rujukan berkenaan dengan kelahiran dan kematiaan Yesus serta kebangkitanNya baik dalam Perjanjian Lama mahupun disebut oleh Yesus telah digenapiNya.

4. Merupakan mesej yang penting dalam Injil
Jika tiada kebangkitan Injil itu hanyalah tulisan semata-mata. Kerana dalam Yesus, adanya kehidupan yang abadi. Inilah yang menjadikan mesej dalam Injil itu hidup.

5. KeTuhanan Yesus terserlah.
Keunikkan kebangkitan Yesus dinampakkan dalam kategori berikut :
a. Orang-orang yang dibangkitkan dari maut itu mati semula (dikuburkan)
b. Kebangkitan Yesus tidak memerlukan agen manusia. Dan yang terlibat dalam kebangkitan Yesus adalah Bapa (Gal 1:1), Roh Kudus (Rom 8:11) dan Anak, Yesus sendiri (Yoh 2:19-22).

Jelasnya jika Yesus membangkitkanNya sendiri dari maut, maka Dia lebih dari manusia. Kebangkitannya yang tidak memerlukan agen manusia menujukkan keTuhananNya.

6. Jaminan kebangkitan bagi semua yang mempercayaiNya

7. Keseimbangan dalam perspektif status kerohanian serta jasmani
Kedua-dua rohani dan jasad yang diciptakan Tuhan itu baik tetapi dirosakkan sewaktu kejatuhan Manusia. Kedua-dua rohani serta jasad dalam manusia adalah digunkan untuk kebaikkan tetapi telah dihancurkan oleh dosa. Ini membawa kejatuhan status kerohanian manusia.
Dengan kebangkitan Yesus, jasad kita ditebuskan. Maka umat Tuhan dapat melakukan perkara-perkara yang memuliakan Tuhan. Tuhan melihat kebenaran Yesus dalam kita. mat Kristian dapat didedikasikan dalam perkerjaan Tuhan serta kemuliaan Tuhan.

8. Kuasa Roh Kudus serta Kebangkitan.
Kita akan mengalami process pengudusan atau penyuciaan. Process ini adalah dalam menjadi umat Kristian itu lebih taat dan patuh akan perintah Tuhan. Dan lebih dari itu, fikiran, kerja kita, tubuh kita , kasih kita hanyalah untuk kemuliaanNya. Process ini adalah untuk sepanjang hayat. Sikap yang tidak baik kita itu akan beransur menjadi baik. Perubahaan ini bukanlah dalam satu malam tetapi hari demi hari umat Kristian akan berubah kepada yang baik.

9. Pengampunan dosa.
Sebelum Yesus mati, beliau berkata "Tetelestai". Perkataan ini dalam bahasa Yunani yang bermaksud "Sudahlah selesai". Dalam dunia perniagaan, bill anda telah dijelaskan sepenuhnya. Kebangkitan Yesus dari mautNya adalah resit yang dijelaskan sepenuhnya bagi dosa manusia. Kebenarannya dosa manusia tidak dapat menyimpan Yesus dalam kubur. Bukti untuk dosa-dosa umat manusia dijelaskan dan diampunkan.
Oleh itu manusia kenalah saling bermaafan sebagaimana Yesus mengampuni dosa kita melalui mautnya. Tiada dosa yang durjana yang kita tidak boleh maafkan termasuklah sendiri. Walaupun begitu manusia tidak boleh leka dengan mengulangi dosa-dosanya.

Kesimpulannya, kebangkitan Yesus membawa penghidupan daru dalam perhubungan antara manusia dengan Tuhan, sesama sendiri, pengampunan dosa, masa depan, dunia falsafah serta dunia. Dunia yang mati ini kini mempunyai hidup baru melalui kebangkitan Yesus.

Dia Hidup...Dia Hidup... Yesus Hidup Dalamku. Dunia ini bukan ku lagi tapi milik Yesus

1 comment:

Lisnaita Manurung said...

Kasih karunia yesus dalam hidup ini sangatlah mendukung setiap aspek pendidikan saya.
Bersyukur,menjadi kan hati korban syukur, dan selalu menjadi anak anak Allah adalah salah saTU CARA MANUSIA mencintai Allah.
Bolehkah saya minta sebuah blog yang isisnya menceritkan sebuah kematian dalam yesus?
Tolong y!
Syaloooom!!!!!
Gbu