Sunday, January 30, 2005

Doa untuk hawariyun : Permintaan

Kemurahan dan kasih dari Bapa, Anak serta persekutuan Roh Kudus bersama-sama dengan anda sekalian.

Penulisan ini meminta doa dari kalian. Hawariyun ini bukanlah saint sangat. Dia pun ada kelemahan serta perkara-perkara yang sedang bergelut dalamnya.

Sebagai saudara-saudari dalam Kristus, rakan-rakan seperjuangan dalam iman dan sejemaat CDPC, saya meminta anda berdoa untuk saya:
  1. Mengasihi Tuhan Allahnya dengan sepenuh hatinya, dengan segenap jiwanya, dengan segala kekuatannya, dan dengan seluruh akalnya.
  2. Mengasihi orang lain dan menerima kekurangan masing-masing
  3. Dapat mengenalpasti dosa-dosa yang saya lakukan baik saya sedar atau sebaliknya agar saya bertaubat dan kembali kepada Tuhan. Saya ingin kekuatan darimu ohhh Roh Kudus. Saya ingin mengamalkan kehidupan yang memuliakan serta mengembirakan Tuhan Allah saya.
  4. Tekun berdoa dan melihat pada Yesus sebagai sumber kekuatannya.
  5. Tekun belajar ilmu ketuhanan serta mempraktiknya dalam hidupnya.
  6. Dapat mencari rakan untuk berdoa bersama di mana dapat meluahkan perkara yang sedang bergelut dalam kehidupannya.
  7. Ingin mengetahui fokus misi serta kerjayanya sekarang.
  8. Keadaan fizikal badan saya. Saya berdosa kerana tidak mengamalkan cara hidup sihat. Ingin servicekan tempat ibadat saya tu. Ini kerana saya mudah letih. Diharapkan agar tahun ini saya dapat mengurangkan beberapa kilogram.
  9. Blog ini. Saya tak tahu ingin meneruskan blog ini atau tidak. Apa yang penting sekarang pelayanan saya kepada Tuhan tidak akan kurang atau berubah. Untuk masa kini saya akan berblog kalau masih mampu

Kasih Kristus bersama dengan anda.


No comments: