Dalam kehidupan seharian, manusia sering melupkan Tuhan, berpegang pada idea masing-masing, berfikiran bebas serta memikirkan bahawa hidup mereka itu betul.
Tiba-tiba bencana berlaku - gempa bumi, peperangan, kebuluran, kebakaran, banjir serta pembunuhan. Wahal sesetengah negara fikir mereka itu berkuasa besar dan selamat tetapi walau macam mana selamat pun, dunia ini tetap akan bergoncak serta hancur akibat ego manusia itu sendiri. Adakah Tuhan dipersalahkan... atau manusia itu sendiri?
Peristiwa yang amat memedihkan hati bagi saya serta dunia secara amnya ialah bencana tsunami yang mengorbankan nyawa yang hampir mencecah 150 ribu orang. Angka kematian ini akan terus meningkat mengikut berita yang dilapurkan dalam Foxnews. Saya melihat ayah dan ibu menangis melihat mayat anak-anaknya yang mati dilemas oleh arus ombak. Dari kaca televisyen, tersiar mayat-mayat yang dibawa keluar dari laut. Anak yang berumur 4 - 5 tahun tidak tahu yang ibu bapanya mati. Ibu yang baru melahirkan anak dan masih berpantang terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.
Pelbagai soalan timbul adakah Tuhan menghakimi dunia ini yang penuh dengan dosa? Kenapa Tuhan membiarkan kejadian bencana alam bermaharaja lela sehingga mengorbankan beribu-ribu nyawa termasuk kanak-kanak?
Kita tidak mempunyai jawapan-jawapan untuk semua hal. Yang pasti Tuhan tetap berkuasa dalam segala yang berlaku di dunia. Dan sudah tentu Tuhan tidak berkenaan dengan apa yang berlaku yang mengorbankan beratus ribu nyawa.
Pastor John Piper memberikan pandangannya mengenai bencana ini dalam bahasa Inggeris : http://www.desiringgod.org/library/fresh_words/2004/122904.html
Pada pandangan saya, pertama apa yang berlaku bukanlah di luar pengetahuan / kuasa Tuhan. Kita tidak dapat memahami minda Tuhan. Seperti apa yang terjadi pada Ayub, Ayub sedar bahawa segala sesuatu yang baik dan jahat yang berlaku dalam hidup manusia, Tuhan tetap bijaksana dan tidak melakukan kesilapan serta berkuasa sepenuhnya. Tuhan tidak akan menguji kita melebihi keupayaan yang kita boleh terima. Hanya pada Tuhan sahaja kita boleh berserah. Mazmur 46:1-4 menyatakan bahawa Allah itu perlindungan dan kekuatan kita; Dia selalu bersedia menolong kita dalam kesusahan. Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut; walaupun laut mengamuk dan bergelora, dan gunung bergoncang dengan kuatnya.”
Kedua, bila sesebuah negara mengalami bencana, sesuatu yang baik akan muncul. Ini memang tidak benar dari segi ekonomi mahupun sosial. Banyak wang yang perlu dibelanjakan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Dalam hati manusia itu sendiri, ada yang menyalahkan Tuhan dan ada yang mencari jawapan untuk kehidupan. Bagi mereka yang mencari, ada kekosongan dalam hatinya yang hanya boleh dipenuhi dengan berita Injil, mesej yang tidak berubah dalam apa jua keadaan. Orang sebegini akan bertanyakan serta memikirkan pada Tuhan serta kehidupan. Yesus pernah mengajar dalam cerita Anak Yang Sesat bagaimana Tuhan menerima orang yang yang datang kepadaNya dengan keadaan keinsafan. Kemurahan Tuhan akan memberikan mereka pedoman dalam penerimaan Yesus sebagai Juruselamatnya.
Ketiga, semua orang termasuk umat Kristian tidak lari daripada bencana alam dan keselamatan kita boleh tergugat. Selagi kita berada di dunia ini, bermacam-macam masalah kita boleh hadapi. Bencana alam yang terjadi pada masa kini mengambarkan kejadian yang lebih buruk yang akan berlaku pada masa hadapan seperti yang dicatakan dalam Wahyu dalam AlKitab. Tuhan boleh membenarkan malapetaka, kesusahan serta tragedi berlaku dalam hidup manusia. Kita hendaklah faham bahawa Tuhan tidak meciptakan keburukkan. Pada mulanya sewaktu Tuhan menciptakan bumi dan langit, ia begitu indah sekali. Keindahan ciptaan Tuhan dinikmati oleh manusia pertama, Adam dan Hawa. Tetapi selepas Adam dan Hawa berdosa, keburukkan menimpa bumi serta manusia. Kita mungkin hidup hari ini dan mati dalam sekelip mata. Kita mungkin boleh kehilangan orang yang kita sayangi. Kita boleh kehilangan harta benda. Dalam Alkitab ada mengaskan walaupun kita berhadapan atau ditimpa dengan perkara buruk, tetapi kita tidak boleh dipisahkan dari kasih Tuhan. Ya... Tuhan boleh membenarkan perkara buruk untuk berlaku dalam hidup kita. Yang pasti Tuhan tidak duduk begitu sahaja. Pokoknya ada kebaikkan disebalik keburukkan. Itulah keagungan Tuhan. Kita tidak boleh memahami kehendak Tuhan dalam hidup kita, tetapi yang pasti kita kena belajar untuk berserah dan percaya pada keagungan Tuhan dalam setiap perkara. Yang nyata ialah kita kena akur serta belajar dalam menerima hal-hal buruk dariNya. Alkitab ada mencatatkan kesaksian Ayub dalam Ayub 2:10 "...Adakah kita mahu menerima yang baik dari Allah, tetapi tidak mahu menerima yang buruk?..."
Keempat...seruan serta peringatan kepada umat Kristian untuk membantu mereka yang menjadi mangsa bencana tsunami dalam apa jua bentuk baik dalam doa ataupun kewangan. Umat Kristian haruslah berdoa kepada mangsa-mangsa ini. Semua manusia adalah ciptaan Tuhan. Nyawa serta jiwa yang diberikanNya itu adalah amat berharga. Semua manusia dibawah penghakiman Tuhan. Kerana kemurahanNya umat Kristian mempunyai harapan walaupun dilanda bencana. Sebagaimana Tuhan bermurah dengan kita, kita haruslah bermurah dengan semua orang atau jiran kita. Umat Kristian merupakan saluran berkat dari Tuhan kepada semua manusia serta alam ini. Marilah kita berdoa untuk mereka yang melibatkan diri dalam operasi membantu dan menyelamat agar Tuhan dapat menguatkan mereka dalam masa ini agar mereka dapat menyempurnakan tugas mereka. Kita berdoa dalam masa ini, berita Injil dapat disebarkan sebgai mesej harapan bagi mangsa-mangsa ini. Diharapkan gereja-gereja dapat mengumpul wang dari jemaat masing-masing untuk membantu mereka walaupun tidak seiman dengan kita.
No comments:
Post a Comment