Saturday, January 29, 2005

Kasih sesama sendiri

Foto Galeri : Pelayanan untuk orang terbiar

Saya berkesempatan bersama dengan kumpulan sel Sec 12 untuk menerokai misi bagi orang yang terbiar seperti penagih dadah, orang yang tidak berumah, orang tua-tua dan sebagainya yang dipandang rendah oleh masyarakat. Saya bertugas sebagai juru kamera mengulas pengalaman saya.

Misi ini bertujuan untuk membuka mata kami untuk mengenal orang-orang ini serta membantu dalam menyediakan makanan dan minuman kepada mereka.

Misi yang tidak dipunyai oleh mana-mana gereja tetapi adalah sekumpulan gereja yang berperihatin bersama-sama menyahut seruan Yesus untuk mengasihi orang-orang yang sedemikian. Misi ini telah beroperasi selama tujuh tahun untuk membantu mereka baik dari segi makanan, kesihatan serta rohani.

Dilihat banyak orang yang tidak berumah, orang-orang tua, penagih dadah serta komuniti yang dipandang rendah dapat berpeluang mengisi perut mereka. Orang-orang dari misi itu membantu mereka dalam memahami kehidupan mereka itu serta mengadakan sessi kounseling. Diharapkan agar orang-orang ini dapat merasai kasih sayang dari Yesus melalui umatNya.

Pada pandagan saya, umat Kristian secara keseluruhannya hendaklah melibatkan baik dari segi kewangan, masa, serta pelayanan kita. Misi ini memerlukan banya wang. Kalaulah umat Kristian boleh mendermakan wang yang banyak untuk mangsa bencana Tsunami, apakah tidaknya kepada rakyat Malaysia kita sendiri.

Yang terutamanya mereka memerlukan Kristus. Makanan, minuman bukanlah suatu yang boleh memenuhkan jiwa mereka untuk selama-lamanya. Hanya kuasa kebangkitan Kristus yang mampu menyelamatkan orang ini.
Bukan umat Kristian, yang sebelumnya menerima Yesus itu sesat? Kita yang berdosa ini, dikasihani oleh Tuhan. Sekarang kita diterima oleh Tuhan atas kemurahanNya. Kita boleh mencerminkan kermurahan Tuhan kepada golongan yang dipandang rendah ini.

Semoga Umat Kristian akan maju seperti askar Yesus yang menuju ke medan perang (misi).

No comments: