Adakah orang yang berusia tidak dapat melayani Tuhan?
Dilihat dalam kisah Musa bila beliau dipanggil Tuhan dalam usianya 80 tahun. Walaupun beliau memberikan pelbagai alasan tetapi beliau tidak pernah memberikan usianya sebagai alasan.
Usia tidak boleh dijadikan faktor penghalang atau alasan dalam tidak melayani Tuhan. Kalaulah orang itu sudah berusia dan tidak dapat berjalan mengelilingi dunia, orang itu boleh berlutut dan bawa dunia ini dalam doa. Baik yang muda atau tua, sama-sama memainkan peranannya dalam melayani Tuhan
Dalam sejarah, kita dapat melihat Dr Bill Bright, pengasas Campus Crusade for Christ, sewaktu usianya meningkat, beliau masih melayani Tuhan dalam penginjilan, doa serta puasa.
Philips Brooks, salah satu pendita yang terkenal di dunia sewaktu usianya 84 tahun.
Di gereja CDPC, saudara Lock Jam, seorang yang saya amat kagum serta hormati. Beliau masih melayani Tuhan walau usianya meningkat. Malah dia seorang deacon. Beliau pernah berkata untuk melayani Tuhan anda tidak perlukan jawatan. Masing-masing dapat melayani Tuhan.
Douglas MacArthur berkata, "Tiada seorang yang usianya meningkat hanya hidup membilang tahunnya. Orang menjadi tua hanya kerana meningkalkan ideanya. Orang usianya meningkat memang akan kulitnya akan kedut tetapi orang yang kehilangan minatnya, jiwanya akan kedut. Kebimbangan, kesangsian (tidak percaya), kecurigaan, ketakutan serta putus harapan ... inilah masa-masa yang lama yang menundukkan kepala dan membantutkan ketumbuhan rohani."
"Apa jua usia anda, dalam hati masing-masing adanya kasih, ketabahan yang ingin menempuh segala cabaran, berusaha bersungguh-sungguh, ingin bertanyakan "Apakah seterusnya" dan kebahagiaan"
"Anda yang muda seperti kepercayaanmu, yang tua seperti kesangsianmu, yang muda seperti keyakinanmu, yang tua seperti ketakutanmu , yang tua seperti ketakutanmu, yang muda seperti pengharapanmu, yang tua seperti putus harapanmu.,"
Oleh itu, saudara dan saudari biarlah kita melayani Tuhan dalam apa jua kita boleh. Sewaktu badan masih sihat, marilah melayani Tuhan. Tuhan melihatkan dalam hati masing-masing. Bukan usia, bukan kekayaan, bukanlah padangan secara fizikal. Hanya orang yang hatinya betul di mata Tuhan akan digunakan olehNya.
Saturday, February 05, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment