Friday, February 04, 2005

Perintah Allah : Hormatilah kedua ibu bapamu

Ada suatu kisah di Jepun pada zaman yang diperintah oleh Feudal, telah menjadi satu undang-undang di mana orang yang berusia lebih dari 70 tahun untuk di bawa ke gunung di daerah dibiarkan mati. Pada suatu hari, anak ini membawa ibunya ke gunung ini. Semasa dalam perjalanan, ibunya memetik ranting-ranting. Bila bertanyakan si anak ini, kenapakah ibunya berbuat demikian. Jawab ibunya, "Nak, saya tak mahu anak tersesat jalan sewaktu dalam perjalanan pulang nanti". Mendengarkan kata ibunya itu, terguris dalam dalam hatinya. Kasih ibunya itu membuat anak ini membawa ibunya turun dan disembunyikan daripada penglihatan orang-orang Feudal itu. Atas desakan orang ramai, orang-orang Feudal terpaksa meminda undang-undang untuk membenarkan anak menjaga ibunya sampai meninggal dunia.

Ada juga kisah yang serupa yang berlaku di Korea. Suatu hari, anak lelaki ini membawa ibunya ke hutan untuk dibiarkan mati. Mengikuti mereka itu adalah anak lelaki itu. Lelaki ini mendukung ibunya menggunakan pedati yang dipanggil "chigoe". Apabila mereka sampai ke suatu destinasi, cucu kepada ibu itu bertanyakan si ayahnya agar dia boleh membawa balik chigoe itu. Jadi ayah bertanyakan si anak itu kenapakah dia mahukan chigoe itu. Jawab si anak itu, "Ayah, bila ayah tua nanti, bolehlah anak bawa ayah ke sini menggunakan chigoe ini.". Lelaki itu sedar akan perbuatannya itu, maka dia pun membawa ibunya balik ke rumahnya dan dijaganya sampai ibunya meninggal dunia.

Hukum Tuhan kelima mengatakan "Hormatilah kedua ibu bapamu". Maksud hormat membawa kepada melayani dengan penuh tanggung jawab. Tuhan juga menghukum maut bagi orang-orang yang menghina ibu bapanya seperti tertulis dalam Keluaran 12:17, "Sesiapa yang mengutuk bapanya ataupun ibunya mesti dihukum mati".

Hukum Tuhan itu disertai dengan perjanjianNya dalam Keluaran 20:12, "... supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu." Rasul Paulus berkata dalam Efesus 6:1-3, "Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. "Hormatilah ibu bapamu" adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji : "supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi." Dilihat Tuhan menjaminkan kebahagiaan serta panjang umur kepada kita yang mentaati perintahNya.

Kenapakah Tuhan memberikan hukum atau perintah ini? Tuhan inginkan struktur kekeluargaan yang kuat. Anak-anak menghormati ibu bapanya dan ibu bapanya menyembah dan mentaati perintah Tuhan. Inilah susunan penciptaan yang diaturkan Tuhan. Sebarang pertentangan terhadap susunan penciptaan Tuhan ini akan melemahkan serta memusnahkan struktur kekeluargaan ini.

Ibu bapa kita berkerja keras serta memberikan kasihnya kepada anak. Diberikan makanan, minuman, pelajaran. Bila anak sakit, ibu bapa turut "sakit" juga dalam menjaga anaknya supaya dia sihat. Duit yang diperbelanjakan bukannya sedikit lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Sebagaiman ibu bapa kita mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anaknya, anak-anaknya kenalah mengasih mereka dan membalas jasa yang diberikannya itu.

Pada Tahun Baru Cina ini, marilah kita menghayati masa-masa bersama ibu bapa kita. Bukan sahaja makan bersama tetapi lebih penting ialah masa yang diluahkan bersama mereka itu. Marilah kita berdoa untuk kebaikkan mereka. "Ya Bapa kami di syurga, demi kemurahanMu, berikanlah kami kekuatan kepada kami untuk mentaati kedua ibu bapa kami"

1 comment:

Ruby Lui said...

this post is a very good post.
I like this post although I am not Islam.

Regards,
Ruby LZJ
2005/06/26