Sunday, February 20, 2005

Ulasan Buku : Revelation Visualized

Tajuk : Revelation Visualized
Pengarang : Dr. Gary G. Cohen (Kristian Yahudi)
Salem Kirban (Kristian Arab)
ISBN : 0-89957-616-8

Bagi anda yang meminati komentari, penghuraian atau penjelasan dalam Wahyu (Alkitab), buku di atas merupakan salah satu buku yang baik untuk dibeli atau dipinjam dan dibaca. Buku ini mengandungi komentari untuk ayat demi ayat dalam semua bab dalam buku Wahyu (Revelation). Buku ini dilengkapkan dengan lata belakang misalnya 7 buah gereja di mana Tuhan pernah memuji serta memberikan komen yang tidak baik. Ini bertujuan agar pembaca dapat tahu kisah sedikit megenai keadaan dari segi sejarah, budaya, ekonomi serta masyarakat tempatan itu sendiri. Kedua-dua pengarang ini mengunakan rujukan dari AlKitab bagi menghuraikan kejadiaan yang akan berlaku pada akhir zaman.

Sebelum buku ini ditulis, adanya konflik di Asia Tengah di mana konflik antara Yahudi dan Arab. Dalam waktu inilah dengan berkat Tuhan serta kemurahaanNya, Dr. Gary G. Cohen seorang Yahudi dan Salem Kirban seorang Arab bersatu tenaga menghasilkan buku ini. Alangkah ajaibnya mengetahui bahawa "... anda semua adalah satu dalam Kristus Yesus." (Galatia 3:28). Hanya Kristus sahaja yang dapat menyatukan manusia dari segala bangsa.

Semoga dengan penghasilan buku ini dari kedua-dua penulis ini dapat memberkati kita yang ingin mengetahui perkara atau kejadiaan yang akan berlaku bukan sahaja pada masa depan, tetapi kejadiaan pada hari ini juga.

Dalam Wahyu ini, ada tertulis walaupun manusia akan mengalami kesusahan serta penderitaan, Tuhan masih berkuasa dalam sejarah hidup manusia. Ini diperlakukanNya dengan menghantar Yesus Kristus (Jesus Christ) untuk mati di kita. Hanya Kristus sahajalah (Sola Christus) kasih Allah dan Allah itu sendiri ditunjukkan kepada kita. Dialah jawapan kepada kebenaran & kehidupan bagi manusia. Dialah Jalan Lurus.

Semoga umat Kristian dapat mempelajari Wahyu dengan teliti.

No comments: