Saturday, February 19, 2005

Ulasan Buku : Dangerous Journey



Cerita klasik "The Pilgrim Progress" yang dituliskan oleh John Bunyan pada tahun 1676 sewaktu beliau berada dalam penjara. Cerita ini banyak memberikan inspirasi, dorongan serta menawan hati bagi yang dewasa dan kanak-kanak.

Cerita klasik ini dituliskan semula oleh Oliver Hunkin dalam bahasa yang mudah diiringi dengan gambar-gambar. Sesuai bagi kanak-kanak atau mereka yang suka melihat gambar-gambar. Di samping itu, cerita ini juga diterbitkan dalam bentuk video atau VCD. Saya tengah mencari-mencari VCD ini.

Cerita ini dihasilkan setelah John Bunyan bermimpikan kisah pengembaraan Christian dari Kota Kemusnahaan ke Kota Tuhan (Celestial City). Pengembaraan ini bermula apabila beliau bertanyakan, "Bagaimanakah saya boleh diselamatkan?" kerana dia tahu Kota Kemusnahan yang didiaminya itu akan dimusnahkan kelak. Pelbagai cabaran serta halangan yang ditempuh oleh Christian. Yang pasti Tuhan tidak mengabaikannya walaupun semasa pengembaraannya saudaranya, Faithful mati.

Cerita ini mengisahkan lagi, walaupun Christian menerima Yesus sebagai Juruselamatnya, beliau masih mengalami kesukaran, bahaya serta kepahitan. Ini menunjukkan dalam hidup sebagai seorang Kristian, kita tidak akan dipisahkan dengan kesusahan. Hanya dengan kepatuhan serta kesetiaan kepada Tuhan sahajalah yang dapat membawa kita keluar dari masalah. Pokoknya cerita ini mengisahkan kehidupan Kristian yang akan dialaminya sewaktu mengembara di jalan yang dipanggil hidup.

Saya rekomenkan cerita ini pada anda semua. Kawan saya, Leon yang bakal menjadi seorang dan menamakan anaknya Christian kerana berdasarkan cerita ini.

1 comment:

Steven Sim said...

Pilgrim Progress, merupakan karya kristian kegemaran ku. Terima kasih atas promosi karya ini!

To yonder Strait Road!
To younder Wicket-Gate!