Sunday, February 20, 2005

Uhhh Maduku ...di mana mu?

Hi, setahun telah berlalu, hari kekasih (Valentine) juga dah berlalu dan kedatangan pula Chap Goh Mei, heri kekasih orang Cina.

Hari ini, I dan dua saudara segereja pergi ke rumah terbuka DAP sempena Tahun Baru Cina. Dalam perbincangan kami adaah tersentuh pasal kehidupan membujang. So cerita punye cerita i pun terkenangkanlah kisah-kisah i lama tu...kata orang putih "The good old story".

Aikksss masih single lagi... gua. Hati pun tak syioklah lihat boyfren kasih bunga pada girlfrennya pada hari Valentine tu. Adik-adik yang masih berkolej pun ada kekasihnya. Apalah nak jadi...dah tua2 pun tak de girlfren.

Beginilah...sebagai umat Kristian, tak leh lah nak bergirlfren dengan yang bukan Kristian. Banyak tu masaalah nanti. Masaalahnya yang bukan Kristian tu lah yang paling cantik dari segi perlakuanya (attitude). Kata orang merekalah yang down to earth. Memang benar banyak perempuan yang bukan Kristian yang I kenal tu memang baik dari segi tingkah laku, permikiran.

Sewaktu i di kolej, i sukakan perempuan (bukan Kristian) ni lah. Orangnya baik, pelajaran pun kira bagus. I masa tu dalam dilemma antara mematuhi perintah Tuhan atau ikut aje cara i tu. Susahnya nak jadi Kristian. I pun cakap-cakaplah dengan dia... i begitu tertarik dengan dia walau dia satu tahun lebih tua dari saya. So i berkeputusan tak nak lah memulakan hubungan ni. tapi dalam hati i tu memang aje terkenangkan dia. Setahun kemudian dia kena langgar oleh motosikal dan kepalanya tu cedera teruk. I masa tu ... tak tahulah... kirakan kesian juga kat dia tu. I pun menginjillah kat dia tu. Sewaktu saya berdoa untuk dia bagi dia menerima Yesus dalam hidupnya dia menanggis. Beberapa hari kemudian dia pun meninggal dunia. I harap lah dia berada di sisi Yesus. Pada malam itu, (tak tahulah i berimiginasi keh) i nampak dia memakai pakaian putih dan senyum. I pun nanggis kerana kehilangan dia tapi bersuka cita dia berada di kota Tuhan. Sudah 9 tahun perkara ini berlaku.

Dua tahun kemudian, waktu i kerja... i mengadakan hubungan dengan rakan sekerja i yang bukan Kristian tetapi berakhir setelah 4 tahun. Dalam 4 tahun itu, i pun bergelut juga. Dia tu beragama Buddha. Susah nak bawa dia pada Kristus. Tuhan pernah memarahi i tapi i tak endahkan nasihatNya. Jadi ajaran ini ialah sesiapa yang kecewakan Tuhan, Tuhan akan kecewakannya. Pernah nak bunuh diri tapi tak jadi ler. Terima kasih pada Tuhan yang memecahkan dan membinakannya kembali.

Perempuan Kristian pula yang i nak tu akhirnya sukakan lelaki lain. Aduh.... perempuan ini segereja dengan i pulak tu dan sukakan lelaki lain yang segereja dengan i pulak lagi. Aiii... sedih-sedih. Baru aje tahun yang lalu i cuba nak tackle perempuan segereja dengan i...tapi akhirnya dia sukan lelaki lain yang segereja dengan i. Aduhhh sedihnya... I akur dengan kehendakMu ya Allahku. Hanya kepada Kaulah ku berserah.

Pada tahun baru ni, ade rakan perempuan sekerja dengan i tu yang cantik, attitude pun bagus, berkeretakan Perdana, orangnya lemah lembut, rendah diri walaupun dia tu anak tauke syarikat pencetak tapi bukan Kristian. Dia cakap dengan i dia tu single, available. Wow... dulupun i pun ter hendak memulakan hubungan tapi masalah ialah iman yang berbeza. Memang i pun tegoda nak memulakan hubungan. Yang sekarang ni... dilemma lah. Antara firman Tuhan atau kehendak sendiri. Susahnya nak jadi Kristian.

Dalam hidup saya hanya dua orang pastor aje yang tahu hidup i ni. Mendiang Rev Stephen Tay dan Pastor Tan Teck Jin. Kedua-dua pastor nie pernah bantu i lah dalam masa i dukacita tu. Mereka berdoa untuk saya dan menyanyangi saya macam seorang anak dan sebagai saudaranya sendiri. Mendiang Rev Stephen Tay pernah memberikan kisah Samson dan Raja Sulaiman sebagai contoh. Samson akhirnya jatuh kerana mencintai Delilah, perempuan kafir dan zalim. Samson akhir kehilangan penglihatannya dan juga nyawanya kerana tertipu oleh Delilah. Raja Sulaiman pula kahwin dengan perempuan kafir, berakhir dengan menyembah berhala dan kerajaannya menjadi kucar-kacir. Nasihatnya juga ialah walaupun perempuan tu Kristian tak semestinya compatible. Banyak perkara-perkara yang kena

Iktibarnya ialah perintah Tuhan telah pun dibentangkan dan dituliskan dalam AlKitab. Memang dasar dan hati naluri manusia ingin melanggar perintah Tuhan baik secara sengaja atau tidak. Kita berterima kasih pada kasih Tuhan yang memberikan RuhNya untuk terus mematuhi perintah Tuhan. Memang sukar tapi kita bukan sahaja mah. Ruh Kudus ada mah.

So... dimanakah madu i... mungkin i kena joinlah INSAF (international single adult fellowship ni) yang ingin dimulakan oleh salah satu saudara dari gereja I ni. Kenalah berkenalan dengan saudari-saudari dari gereja lain. oklah cukuplah cite i ni,....

2 comments:

Steven Sim said...

Terima Kasih kerana sudi berkongsi cerita kehidupan Saudara. Memang sukar sekali apabila menghadapi masalah percintaan. Maklumlah, ini bukan perkara remeh-temeh. Tuhan mewujudkan institusi perkahwinan adalah untuk membuaikan hati manusia yang sunyi. Dan perkongsian kasih antara dua insan merupakan suatu petunjuk kepada perkongsian kasih antara Tuhan Yang Maha Pengasih dengan UmatNya.

Marilah kita memandang ke arah Tuhan dan Raja kita serta berserah kepada rencanaNya untuk hidup ini. Dia jua yang mencipta Hawa untuk Adam, Dia jua yang akan menyatukan Saudara dengan si-dia yang istimewa itu.

Memperingati-mu dalam doa ku;
jack

Steven Sim said...

Uhh Maduku...di manakah mu?
Terasa kian hari, kian sepi hatiku;
Tapi, dalam Yesus jua ku kan merindu,
Dalam Yesus jua ku kan menunggu.

said