Membaca sebuah artikel dari Harakahdaily membuat saya tertanya kenapakah segelintir umat Islam di Malaysia mempunyai prasangka terhadap pembinaan tadika dari gereja-gereja walaupun tujuannya adalah untuk pembentukkan sesebuah komuniti ke arah masyarakat yang berilmu.
Jelasnya dalam AlKitab, tiada paksaan untuk menganuti agama ini. Apa yang dilakukan dengan pembinaan tadika seperti ini adalah untuk membantu masyarakat adalah respond umat Kristian untuk mengasihi Tuhan dan orang-orang lain tidak kiralah dia itu Kristian atau tidak. Segala aktiviti kebajikan baik dari segi pendidikan, bantuan kewangan contohnya bencana Tsunami adalah untuk kebaikkan manusia sejagat. Umat Kristian diperintah untuk mengasihi manusia seperti dia sendiri. Jangan ingat orang Kristian tahu "brain wash" orang lain lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Saya sedih melihat dakwaan yang dilemparkan seperti ini :
"Pembinaan didalangi dan disokong beberapa pemimpin yang beragama Kristian di Bandar Sunway dan Subang Jaya"
"Mereka menggunakan alasan membina tadika untuk mengaburi mata masyarakat, sedangkan tujuan asal ialah untuk menjalankan aktiviti keagamaan"
Saya mempunyai rakan-rakan Islam melihat artikel ini sebagai suatu bohongan di mana dalam masyarakat majmuk di negara ini tidak patut mempunyai idea-idea ini. Mereka pernah pergi ke sekolah missionary dahulu tetapi tidak dikristiankan malah mereka dididik dengan sama adilnya. Mereka diberikan kebebasan untuk berdoa dan sembahyang. Rakan-rakan Islam saya bersetuju dengan perkongsian atau dialog antara agama dengan bertujuan memahami agama-agama lain.
Saya gembira yang saya dididik di sekolah kebangsaan di mana 95% kawan saya Islam dan saya tidak diislamkan walaupun kawan saya mengajar saya Islam. Dan saya berkongsi mengenai agama saya dan saya tak memaksa dia peluk agama lain. Malah kami berkongsi makan, bermain dan belajar bersama walaupun kami beragama lain. Jelasnya persefahaman antara agama-agama lain haruslah diwujudkan dalam negara ini.
Saya rasa ada lebih baiknya isu ini boleh dibincangkan dengan baik bersama antara pihak tadika dan orang-orang berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya setuju dengan pendapat kamu. sungguh menyayatkan hati apabila membaca tuduhan yang tiada dasar kebenarannya. budi baik umat kristian telah dicaci dengan alasan ada udang di sebalik batu. adakah sememangnya rakyat malaysia tidak biasa dengan penerimaan budi baik orang lain?
seperti mana yang kamu katakan, persefahaman antara agama-agama yang berlainan harus diwujudkan. dan semoga syak wasangka sebegini dapat dihapuskan daripada negara tercinta kita.
Post a Comment