Wednesday, February 23, 2005

Reflection : Psalms 8



O Lord, our sovereign Master,
how magnificent is your reputation throughout the earth!
You reveal your majesty in the heavens above!
When children and nursing babies cry for help,
you protect them from your foes,
so that you might put an end to the vindictive enemy.
When I look up at the heavens, which your fingers made,
and see the moon and the stars, which you set in place,
I think,
"Of what importance is the human race, that you should notice them?
Of what importance is mankind, that you should pay attention to them,
and make them almost like the heavenly beings?"
You grant mankind honor and majesty;
you allow them to rule over your creation;
you have placed everything under their authority,
including all the sheep and cattle,
as well as the wild animals,
the birds in the sky, the fish in the sea
and everything that moves through the channels of the seas.
O Lord, our sovereign Master,
how magnificent is your reputation throughout the earth!

(NET Bible : Psalms 8)

Ya TUHAN, Allah kami,
kuasa-Mu termasyhur
di seluruh bumi! Keagungan-Mu yang mengatasi langit
dinyanyikan oleh anak-anak dan bayi.
PemerintahanMu teguh tak
tergoyahkan untuk
membungkamkan musuh dan lawan.
Bila kupandang langit yang Kauciptakan,
bulan dan bintang-bintang yang Kaupasang,
apakah manusia itu,
sehingga Kau ingat dia, siapakah dia,
sehingga Kaupelihara?
Tetapi Kau angkat dia hampir setara dengan Allah,
kaumahkotai dia dengan
keagungan dan kehormatan.
Kau beri dia kuasa atas alam raya,
seluruh ciptaan-Mu
Kau tundukkan kepadanya:
domba, sapi dan ternak semuanya,
juga binatang di padang belantara;
burung-burung dan ikan-ikan,
semua makhluk di dalam lautan.
Ya TUHAN, Tuhan kami,
keagunganMu termasyhur di seluruh bumi!

(BIS : Mazmur 8)

Keagungan Tuhan menyinar dari kejadiaanNya di bumi dan di syurga. KeagunganNya menunjukkan kemenangan dalam pembebasan umatNya, penghakimanNya, rukunNya serta pemerintahanNya atas segala ciptaanNya. Segala ciptaanNya menunjukkan kekuasaan dan kemuliaan Tuhan.

Manusia pada zahirnya berdosa dan jauh dari kemuliaan Tuhan. Akibatnya manusia kehilangan dominasi yang diberikan oleh Tuhan. Tetapi dominasi ini diberikan balik kepada manusia oleh Yesus Kristus. Bukan manusia tetapi dalam Kristuslah dominasi kepunyaanNya. Yesus Kristus mati di tempat kita mengalahkan kuasa maut. Ini terjadi bila kita datang pada Tuhan dan percaya apa yang Dia lakukan untuk kita.

Bersyukurlah pada Tuhan kita apa yang dilakukanNya.

The majesty of our Lord radiates from His work on the earth and heaven. Majestic ("addir, mighty") denotes His victory in redemption, judgement, His law and His rule over the creation. All creation shows the power and the glory of God.

Mankind by his depravity has lost dominion over what God has given us. But this is restored in Jesus Christ. It is in Him rather than in us that the dominion is exhibited. Christ died in our place and defeated death. All this is possible when we come in faith of what God has done for us.

Praise be to our God for what He has done!

Tuesday, February 22, 2005

Ulasan : Penduduk Sunway bantah pembinaan pusat Kristianisasi

Membaca sebuah artikel dari Harakahdaily membuat saya tertanya kenapakah segelintir umat Islam di Malaysia mempunyai prasangka terhadap pembinaan tadika dari gereja-gereja walaupun tujuannya adalah untuk pembentukkan sesebuah komuniti ke arah masyarakat yang berilmu.

Jelasnya dalam AlKitab, tiada paksaan untuk menganuti agama ini. Apa yang dilakukan dengan pembinaan tadika seperti ini adalah untuk membantu masyarakat adalah respond umat Kristian untuk mengasihi Tuhan dan orang-orang lain tidak kiralah dia itu Kristian atau tidak. Segala aktiviti kebajikan baik dari segi pendidikan, bantuan kewangan contohnya bencana Tsunami adalah untuk kebaikkan manusia sejagat. Umat Kristian diperintah untuk mengasihi manusia seperti dia sendiri. Jangan ingat orang Kristian tahu "brain wash" orang lain lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Saya sedih melihat dakwaan yang dilemparkan seperti ini :
"Pembinaan didalangi dan disokong beberapa pemimpin yang beragama Kristian di Bandar Sunway dan Subang Jaya"

"Mereka menggunakan alasan membina tadika untuk mengaburi mata masyarakat, sedangkan tujuan asal ialah untuk menjalankan aktiviti keagamaan"

Saya mempunyai rakan-rakan Islam melihat artikel ini sebagai suatu bohongan di mana dalam masyarakat majmuk di negara ini tidak patut mempunyai idea-idea ini. Mereka pernah pergi ke sekolah missionary dahulu tetapi tidak dikristiankan malah mereka dididik dengan sama adilnya. Mereka diberikan kebebasan untuk berdoa dan sembahyang. Rakan-rakan Islam saya bersetuju dengan perkongsian atau dialog antara agama dengan bertujuan memahami agama-agama lain.

Saya gembira yang saya dididik di sekolah kebangsaan di mana 95% kawan saya Islam dan saya tidak diislamkan walaupun kawan saya mengajar saya Islam. Dan saya berkongsi mengenai agama saya dan saya tak memaksa dia peluk agama lain. Malah kami berkongsi makan, bermain dan belajar bersama walaupun kami beragama lain. Jelasnya persefahaman antara agama-agama lain haruslah diwujudkan dalam negara ini.

Saya rasa ada lebih baiknya isu ini boleh dibincangkan dengan baik bersama antara pihak tadika dan orang-orang berkenaan.

Monday, February 21, 2005

Sepet

A new film by Yasmin Ahmad, "SEPET" will be viewed in the major cinema this coming 24th February 2005. This is our local romantic comedy film which must be see by all. This movie was told in Malaysian style, so you can expect lots of Cantonese, Mandarin, Malay, English and even Hokkien except for Tamil. Hopefully in future there will be mix languages including Tamil or Hindustan.

Surprising one of the main song in this movie was sung by Sam Hui (a popular Hong Kong star). This movie despict a love between a chinese boy and a malay girl. 19-year-old Ah Loong (Ng Choo Seong), a pirated VCD seller who happen to meet a malay schoolgirl (Sharifah Amani) who was buying Hong Kong films. Well of course they fall in love at first sight.

Following on.... aiyooo you watch yourself lar. Bring along your friends be it Malay, Chinese, Indian or even Mat Salleh watching together. This movie is to promote racial harmony among Malaysians.

Sebuah filem yang mesti ditonton oleh semua....

Sunday, February 20, 2005

Uhhh Maduku ...di mana mu?

Hi, setahun telah berlalu, hari kekasih (Valentine) juga dah berlalu dan kedatangan pula Chap Goh Mei, heri kekasih orang Cina.

Hari ini, I dan dua saudara segereja pergi ke rumah terbuka DAP sempena Tahun Baru Cina. Dalam perbincangan kami adaah tersentuh pasal kehidupan membujang. So cerita punye cerita i pun terkenangkanlah kisah-kisah i lama tu...kata orang putih "The good old story".

Aikksss masih single lagi... gua. Hati pun tak syioklah lihat boyfren kasih bunga pada girlfrennya pada hari Valentine tu. Adik-adik yang masih berkolej pun ada kekasihnya. Apalah nak jadi...dah tua2 pun tak de girlfren.

Beginilah...sebagai umat Kristian, tak leh lah nak bergirlfren dengan yang bukan Kristian. Banyak tu masaalah nanti. Masaalahnya yang bukan Kristian tu lah yang paling cantik dari segi perlakuanya (attitude). Kata orang merekalah yang down to earth. Memang benar banyak perempuan yang bukan Kristian yang I kenal tu memang baik dari segi tingkah laku, permikiran.

Sewaktu i di kolej, i sukakan perempuan (bukan Kristian) ni lah. Orangnya baik, pelajaran pun kira bagus. I masa tu dalam dilemma antara mematuhi perintah Tuhan atau ikut aje cara i tu. Susahnya nak jadi Kristian. I pun cakap-cakaplah dengan dia... i begitu tertarik dengan dia walau dia satu tahun lebih tua dari saya. So i berkeputusan tak nak lah memulakan hubungan ni. tapi dalam hati i tu memang aje terkenangkan dia. Setahun kemudian dia kena langgar oleh motosikal dan kepalanya tu cedera teruk. I masa tu ... tak tahulah... kirakan kesian juga kat dia tu. I pun menginjillah kat dia tu. Sewaktu saya berdoa untuk dia bagi dia menerima Yesus dalam hidupnya dia menanggis. Beberapa hari kemudian dia pun meninggal dunia. I harap lah dia berada di sisi Yesus. Pada malam itu, (tak tahulah i berimiginasi keh) i nampak dia memakai pakaian putih dan senyum. I pun nanggis kerana kehilangan dia tapi bersuka cita dia berada di kota Tuhan. Sudah 9 tahun perkara ini berlaku.

Dua tahun kemudian, waktu i kerja... i mengadakan hubungan dengan rakan sekerja i yang bukan Kristian tetapi berakhir setelah 4 tahun. Dalam 4 tahun itu, i pun bergelut juga. Dia tu beragama Buddha. Susah nak bawa dia pada Kristus. Tuhan pernah memarahi i tapi i tak endahkan nasihatNya. Jadi ajaran ini ialah sesiapa yang kecewakan Tuhan, Tuhan akan kecewakannya. Pernah nak bunuh diri tapi tak jadi ler. Terima kasih pada Tuhan yang memecahkan dan membinakannya kembali.

Perempuan Kristian pula yang i nak tu akhirnya sukakan lelaki lain. Aduh.... perempuan ini segereja dengan i pulak tu dan sukakan lelaki lain yang segereja dengan i pulak lagi. Aiii... sedih-sedih. Baru aje tahun yang lalu i cuba nak tackle perempuan segereja dengan i...tapi akhirnya dia sukan lelaki lain yang segereja dengan i. Aduhhh sedihnya... I akur dengan kehendakMu ya Allahku. Hanya kepada Kaulah ku berserah.

Pada tahun baru ni, ade rakan perempuan sekerja dengan i tu yang cantik, attitude pun bagus, berkeretakan Perdana, orangnya lemah lembut, rendah diri walaupun dia tu anak tauke syarikat pencetak tapi bukan Kristian. Dia cakap dengan i dia tu single, available. Wow... dulupun i pun ter hendak memulakan hubungan tapi masalah ialah iman yang berbeza. Memang i pun tegoda nak memulakan hubungan. Yang sekarang ni... dilemma lah. Antara firman Tuhan atau kehendak sendiri. Susahnya nak jadi Kristian.

Dalam hidup saya hanya dua orang pastor aje yang tahu hidup i ni. Mendiang Rev Stephen Tay dan Pastor Tan Teck Jin. Kedua-dua pastor nie pernah bantu i lah dalam masa i dukacita tu. Mereka berdoa untuk saya dan menyanyangi saya macam seorang anak dan sebagai saudaranya sendiri. Mendiang Rev Stephen Tay pernah memberikan kisah Samson dan Raja Sulaiman sebagai contoh. Samson akhirnya jatuh kerana mencintai Delilah, perempuan kafir dan zalim. Samson akhir kehilangan penglihatannya dan juga nyawanya kerana tertipu oleh Delilah. Raja Sulaiman pula kahwin dengan perempuan kafir, berakhir dengan menyembah berhala dan kerajaannya menjadi kucar-kacir. Nasihatnya juga ialah walaupun perempuan tu Kristian tak semestinya compatible. Banyak perkara-perkara yang kena

Iktibarnya ialah perintah Tuhan telah pun dibentangkan dan dituliskan dalam AlKitab. Memang dasar dan hati naluri manusia ingin melanggar perintah Tuhan baik secara sengaja atau tidak. Kita berterima kasih pada kasih Tuhan yang memberikan RuhNya untuk terus mematuhi perintah Tuhan. Memang sukar tapi kita bukan sahaja mah. Ruh Kudus ada mah.

So... dimanakah madu i... mungkin i kena joinlah INSAF (international single adult fellowship ni) yang ingin dimulakan oleh salah satu saudara dari gereja I ni. Kenalah berkenalan dengan saudari-saudari dari gereja lain. oklah cukuplah cite i ni,....

Ulasan Buku : Revelation Visualized

Tajuk : Revelation Visualized
Pengarang : Dr. Gary G. Cohen (Kristian Yahudi)
Salem Kirban (Kristian Arab)
ISBN : 0-89957-616-8

Bagi anda yang meminati komentari, penghuraian atau penjelasan dalam Wahyu (Alkitab), buku di atas merupakan salah satu buku yang baik untuk dibeli atau dipinjam dan dibaca. Buku ini mengandungi komentari untuk ayat demi ayat dalam semua bab dalam buku Wahyu (Revelation). Buku ini dilengkapkan dengan lata belakang misalnya 7 buah gereja di mana Tuhan pernah memuji serta memberikan komen yang tidak baik. Ini bertujuan agar pembaca dapat tahu kisah sedikit megenai keadaan dari segi sejarah, budaya, ekonomi serta masyarakat tempatan itu sendiri. Kedua-dua pengarang ini mengunakan rujukan dari AlKitab bagi menghuraikan kejadiaan yang akan berlaku pada akhir zaman.

Sebelum buku ini ditulis, adanya konflik di Asia Tengah di mana konflik antara Yahudi dan Arab. Dalam waktu inilah dengan berkat Tuhan serta kemurahaanNya, Dr. Gary G. Cohen seorang Yahudi dan Salem Kirban seorang Arab bersatu tenaga menghasilkan buku ini. Alangkah ajaibnya mengetahui bahawa "... anda semua adalah satu dalam Kristus Yesus." (Galatia 3:28). Hanya Kristus sahaja yang dapat menyatukan manusia dari segala bangsa.

Semoga dengan penghasilan buku ini dari kedua-dua penulis ini dapat memberkati kita yang ingin mengetahui perkara atau kejadiaan yang akan berlaku bukan sahaja pada masa depan, tetapi kejadiaan pada hari ini juga.

Dalam Wahyu ini, ada tertulis walaupun manusia akan mengalami kesusahan serta penderitaan, Tuhan masih berkuasa dalam sejarah hidup manusia. Ini diperlakukanNya dengan menghantar Yesus Kristus (Jesus Christ) untuk mati di kita. Hanya Kristus sahajalah (Sola Christus) kasih Allah dan Allah itu sendiri ditunjukkan kepada kita. Dialah jawapan kepada kebenaran & kehidupan bagi manusia. Dialah Jalan Lurus.

Semoga umat Kristian dapat mempelajari Wahyu dengan teliti.

Saturday, February 19, 2005

Ulasan Buku : Dangerous Journey



Cerita klasik "The Pilgrim Progress" yang dituliskan oleh John Bunyan pada tahun 1676 sewaktu beliau berada dalam penjara. Cerita ini banyak memberikan inspirasi, dorongan serta menawan hati bagi yang dewasa dan kanak-kanak.

Cerita klasik ini dituliskan semula oleh Oliver Hunkin dalam bahasa yang mudah diiringi dengan gambar-gambar. Sesuai bagi kanak-kanak atau mereka yang suka melihat gambar-gambar. Di samping itu, cerita ini juga diterbitkan dalam bentuk video atau VCD. Saya tengah mencari-mencari VCD ini.

Cerita ini dihasilkan setelah John Bunyan bermimpikan kisah pengembaraan Christian dari Kota Kemusnahaan ke Kota Tuhan (Celestial City). Pengembaraan ini bermula apabila beliau bertanyakan, "Bagaimanakah saya boleh diselamatkan?" kerana dia tahu Kota Kemusnahan yang didiaminya itu akan dimusnahkan kelak. Pelbagai cabaran serta halangan yang ditempuh oleh Christian. Yang pasti Tuhan tidak mengabaikannya walaupun semasa pengembaraannya saudaranya, Faithful mati.

Cerita ini mengisahkan lagi, walaupun Christian menerima Yesus sebagai Juruselamatnya, beliau masih mengalami kesukaran, bahaya serta kepahitan. Ini menunjukkan dalam hidup sebagai seorang Kristian, kita tidak akan dipisahkan dengan kesusahan. Hanya dengan kepatuhan serta kesetiaan kepada Tuhan sahajalah yang dapat membawa kita keluar dari masalah. Pokoknya cerita ini mengisahkan kehidupan Kristian yang akan dialaminya sewaktu mengembara di jalan yang dipanggil hidup.

Saya rekomenkan cerita ini pada anda semua. Kawan saya, Leon yang bakal menjadi seorang dan menamakan anaknya Christian kerana berdasarkan cerita ini.

Friday, February 18, 2005

Lord of The Ring

Lord of the Ring : Padangan melalui Kristiani

Forum di atas akan diadakan bagi membincangkan filem tersebut. Jika anda peminat filem Lord of the Ring atau pernah tengok filem ini, sudah tentu anda tahu adanya mesej moral yang terkandung dalam filem ini. Filem ini diterbitkan dalam "trilogi" di mana ada 3 bab berkenaan dengan filem ini.

Forum ini akan membincangkan mesej-mesej melalui pandangan Kristian. Topik-topik yang akan dibincangkan ialah :

  1. Dari manakah kita datang?
  2. Kenapakah kita berada di bumi ini? (i.e. kenapakah kita dilahirkan)
  3. Apakah masaalahnya, contohnya kehidupan sehari-harian.
  4. Apakah penyelesaiaan bagi masaalah yang dihadapi?
  5. Di manakah kita akan tujui?

Tempat : City Discipleship Presbyterian Church (www.cdpc.org.my)

Masa : Ahad, 27 Februari 2005 pada pukul 2 pm

Untuk keterangan lanjut silalah hubungi Dave melalui emailnya, hedonese@yahoo.com


Description: An informal chat/conversation about the Lord of the Rings trilogy (book and movie). What does JRR Tolkien's MiddleEarth tell us about

  1. Where are we from?
  2. Why are we here?
  3. What is the problem?
  4. What is the solution?
  5. Where are we going?

Venue: City Discipleship Presbyterian Church (www.cdpc.org.my)

Time: 2 pmDate: 27 Feb 2005 (Sunday)

For more details, contact Dave at hedonese@yahoo.com


Monday, February 14, 2005

Christian Virtue - HOPE

Greek word for hope elphis, means a joyful expectancy of the future heavenly blessedness. Paul calls it "the hope that is laid in heaven. "(Colossians 1:5). This hope reminds us that the salvation which we already enjoy in Christ has a future aspect. The hope is ours here and now; its fulfilment lies ahead. The certainty and confidence we have is because Jesus Christ, who is sitting at the right hand of God, is our guarantor and, at the same time, He is dwelling in its via the Holy Spirit as our hope of glory.

From the ancient word and up to today, for many, hope is just an empty bubble, a distant mirage or an elusive dream. When the Apostle Paul used the word "elphis" he knew that God who has promised us a good and glorious future is able to fulfil that promise. We, like an ugly worm shall be changed one day to be like an exquisite butterfly. This mortal body which is perishable and corruptable will be changed to immortality. One day we shall have a sinless heart and an incorruptible body. This glorified body will have a perfect home in heaven. There, the sun of joy will never set. The roses will never fade. There, we shall "hunger no more, neither thirst any more." All fears and tears will be gone. Sin, sickness and suffering will never invade. Death will be abolished. There, we shall be re-united with our loved ones who have trusted in the Lord Jesus Christ as Saviour and Master. There, we shall be like Christ yet retaining those distinctive traits of character and personality which made each of us unique here on earth. There, we shall see our Saviour face to face in all His glory. Hymn writer, Carrie E. Breck, puts it this way, "What rejoicing in His presence, when are banished grief and pain, when the crooked ways are straightened and the dark things shall be plain!"

Having such a glorious hope for the future laid up for us in heaven, we should `purify ourselves even as He is pure." (I John 3:23). As we shall be like Him in consummation, must we not grow, like Him now, in character? Let us prepare ourselves by living a life that befits that coming coronation day.

Next, such a hope should keep us contentedly labouring without expecting a present reward. If our labour of love goes unnoticed, it is because we are labouring for the reward in heaven. Think of the hope that kept William Carey through those early years of heavy setbacks in India. Think of Adouirah Judson who preached every day for 14 years in a Burma bazaar without seeing a single convert. These men set their hope on the reward above. They were faithful to their callings and left the results to God.

Finally think of the fine example Paul left for us to emulate. In writing to the Colossae Christians, he gave thanks to God who is responsible for the virtues and graces of His people. He wrote, "We give thanks to God and the Father of our Lord Jesus Christ, praying always for you, since we heard of your faith in Christ Jesus, and of the love which ye have to all the saints, for the hope which is laid up for you in heaven, whereof ye heard before in the word of the truth of the gospel. "(Colossians 1 :3-5). May Christians today live up to Christian virtue - faith, love & hope.

Lastly i conlude with a hymn written by Carrie E. Breck. Title of this hym is Face to face with Christ my Savior (Click to hear midi)

Face to face with Christ, my Savior,
Face to face—what will it be,
When with rapture I behold Him,
Jesus Christ Who died for me?

Refrain
Face to face I shall behold Him,
Far beyond the starry sky;
Face to face in all His glory,
I shall see Him by and by!

Only faintly now I see Him,
With the darkened veil between,
But a blessèd day is coming,
When His glory shall be seen.

Refrain

What rejoicing in His presence,
When are banished grief and pain;
When the crooked ways are straightened,
And the dark things shall be plain.

Refrain

Face to face—oh, blissful moment!
Face to face—to see and know;
Face to face with my Redeemer,
Jesus Christ Who loves me so.

Refrain

Sunday, February 13, 2005

Christian Virtue : LOVE

If someone were to ask what is Christian Virtue? Frequently, the Apostle Paul used three simple yet profound words - Faith, Love and Hope - to describe our Christian Life on earth. (Colossians 1:4-5; Romans 5:2-5; I Corinthians 13:13; 1 Thessalonians 1:3).

The second word, love, in Greek is "agape" which denotes caring love, the love that counts no sacrifice too great for the one loved. It is this love that caused our Lord Jesus Christ to sacrifice His life on the Cross, the Just for the unjust, that He might reconcile us to God the Father. I Corinthians chapter 13 verses 4 to 8 gives a detailed description of love. This love is also poured in our hearts via the Holy Spirit to be shed abroad towards all sinners and all saints. Thus we go forth as witnesses, missionaries, preachers, pastors and ambassadors to the ends of the world to tell sinners of the good news that Christ came into the world to save sinners. As children of God, we manifest His love towards all saints, the people of God, in warm fellowship and brotherly concern.

We are reminded of the heart of the Law in the Old Testament, "Love the Lord your God with all your heart, with all your soul, with all your strength, and with all your mind, and love your neighbor as yourself"

We are called to selfless service for our Lord and to other people. We reflect God's love to our non believers friends and also encourager to our brothers and sisters. This love comes from God and manifest it by loving other people.

Saturday, February 12, 2005

Christian Virtue - FAITH

The word `faith" in Greek pistis means a commitment to, or trust in someone. In short, F.A.I.T.H. stands for "Forsaken All I Trust Him." The Hebrews writer defined faith as "the substance of things hoped for, the evidence of things not seen." The examples of faith in the Old Testaments tell us that there were men and women who took God at His word and who' allowed God to direct their lives accordingly. Things yet future or "things hoped for" as far as experience went were to them as good as certain and completed; and things outwardly unseen or "things not seen" were visible to their inward eyes. It is in this term that faith is to be emulated.

Throughout the Bible we see faith in God is made to rest on who God is and what He has revealed and promised. In the New Testament, faith in God is defined more specifically as trust in our Lord Jesus Christ, that is, the acknowledgment of Jesus as the Messiah who was the Lamb of God who took away the sins of the whole world; the incarnated Son of God who shall come again. This forms the basis of our faith which the Bible occasionally refers to as "the faith" denoting the body of truths believed (Jude 3, Galatians 1:23;1 Timothy 4:1, 6).

Faith is a divine gift. Therefore, we as sinners, need only to stretch our empty hands to receive this fi-ee gift of God. However, Arminianism do not take this position. Instead they believe that man has that faith already and can meet God halfway by self-effort for their salvation. We do not take the Arminian's position as we see that Self, Sin and Satan have so blinded fallen men (Ephesians 4:18; 11 Corinthians 4:4) that they cannot discern nor comprehend the realities written in the Bible. To the natural man, the spiritual things are not worth anything. Unless the Holy Spirit enlightens the sinner, he is left groping in darkness. God is thus the Author of all saving faith (Ephesians 2:8; Philippians 1:29).

Throughout the Bible, we see people of God lived by faith. They cleaved to Him, making Hirn their shield and fortress, taking refuge in Him. One such example is Abraham who responded to the Word of God. In Genesis 12:1, God said to Abraham, "Leave your country, your people and your father's household and go to the land 1 will show you." So he obeyed, as the Lord had spoken. Faith is always a response to God's Word. Faith is not a leap into the dark. It is not presumptuous, that is, believing without a reason. Nor is it ever against reason, though at times, it is above reason.

Faith requires two things from Abraham -- separation and obedience. Because He was willing to forsake all and trust God for his future, He was endowed with divine promises in Genesis 12:2-3 to become a great nation, a great name and a great blessing to all nations.

Likewise, you and I are called to a life of faith which requires two things from us - separation and obedience. First, the separation is to be from unclean things, from leaning on our own understanding, from bad habits, from sexual immorality, and from seeking first our own kingdom. Second, we are required to obey God's word and accept His will and guidance in every detail of our lives. When we do all these, we will fund God's gracious promises, His wonderful presence and intimate fellowship ever so true and real. Hebrews 11:33-34 gives us a glimpse of what faith has done for God's people: "who through faith conquered kingdoms, administered justice, and gained what was promised; who shut the mouths of lions, quench the fury of the flames, and escaped the edge of the sword; whose weakness was turned to strength; and who became powerful in baffle and routed foreign armies."

Today, we live in difficult tunes when man's faith in God has ebbed so low. Marry have become creatures of sight with this attitude: Seeing is Believing. But the man of faith act otherwise: Believing without seeing. We have been given the gift of faith, so let us exercise it by hearing and obeying the Word of God. The more we obey, the more faith grows (Romans 10:17).

Friday, February 11, 2005

Hayatilah kayu salib

Renungilah ayat ini :
"Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib." (Filipi 2:8)

Pada kayu salib itulah Tuhan Yesus menderita, merasai sakit dan mati. Pada kayu salib itulah tercurahNya kasih Domba Allah (Yesus) pada manusia. Pada kayu salib ini juga, segala perbuatan keji manusia ditunjukkan. Kayu salib ini memanglah menakutkan kerana di zaman pemerintahan Romawi itu, manusia yang bersalah berat akan di hukum mati pada kayu salib itu. Cara mati itu adalah sangat zalim di mana pesalah itu di hukum mati secara perlahan-lahan dengan menderita.

Peristiwa yang telah berlaku pada 2000 tahun yang lalu ini membuat saya terasa terharu. Walaupun 2000 tahun lalu, namun peristiwa ini masih segar. Tertanya-tanya saya apakah nasib manusia jika Yesus tidak mengharungi "jalan salib" itu. Kenapakah Dia merendahkan diriNya? Yesus yang setia pada BapaNya serta kasihNya kepada kita, mengharungi saat-saat yang zalim itu sampai mati di kayu salib seperti tertulis dalam AlKitab.

Yesus dipukul dan disebat. DarahNya memercik keluar dengan banyaknya bila kedua-dua tanganNya dan kakiNya dipakukan. Namun Dia masih berkata, "Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan". Pada detik-detik itu Dia mati. Peristiwa ini bukanlah berakhir begitu sahaja. Dengan kuasa Bapa, Yesus serta Roh Kudus, Yesus dibangkitkan pada hari ketiga mengalahkan kuasa maut yang melanda dalam kehidupan manusia. Implikasi selepas kebangkitan Tuhan Yesus membawa ramai yang percayaiNya bersatu dengan Tuhan. Gereja-gereja dibangunkan. Hidup manusia tidak payah lagi kena menerusi ritual atau upacara-upacara yang membuangkan masa. Dengan hanya iman, percaya dan taubat akan membuat insan itu benar di sisi Tuhan.

Ohhh Tuhan terima kasih kepadaMu atas anugerahMu, Yesus Kristus yang menyatukan manusia kepada Tuhan!

Di sebalik kayu salib yang buruk itu, adanya sinar kasih Yesus. Dosa-dosa manusia dimatikan bersama-samaNya.

Marilah kita merenungi serta memahami kayu salib itu. Kenapakan Yesus mati dan apakah aplikasi yang harus kita kena ketahui.

Pada tahun 1913, Rev. George Bennard, seorang penginjil Methodist tertanyakan serta berdoa agar dia dapat memahami sepenuhnya salib itu serta implikasinya pada Kristian. Dia mempelajari, merenungi, bermeditasi dengan mendalamnya pasal kayu salib itu pada suatu jangka masa yang panjang. Sehingga suatu hari dia berkata, "Saya melihat salib Kristus seolah-olah saya melihat Yohanes 3:16 meloncat keluar dari halaman Alkitab, mengambil bentuk dan tindakan tentang erti penebusan.” Dari pengalaman itu serta hasil dari pembelajarannya pasal kayu salib itu, membuat dia menghasilkan satu lagu himne yang bertajuk "On the Old Rugged Cross".

Lagu di bawah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia oleh Yamuger pada tahun 1982

Nun Bukit Yang Jauh

Nun di bukit yang jauh, nampak kayu salib;
lambang kutuk nestapa, cela.
Salib itu tempat Tuhan Mahakudus
menebus umat manusia.

Ref:
Salib itu kujunjung penuh,
hingga tiba saat ajalku.
Salib itu kurangkul teguh
dan mahkota kelak milikku.


Meski salib itu dicela, dicerca,
bagiku tiada taranya.
Anak domba kudus masuk dunia gelap,
disalib ker'na dosa dunia.

Indahlah bagiku salib hina keji,
berlumuran darahNya kudus;
hilanglah dosaku, sucilah hatiku
berkat korban Yesus Penebus.

'Ku setia tetap ikut jalan salib,
meski diriku pun dicela.
Suatu saat kelak 'ku dibawa pergi
ke tempat kemuliaanNya.

Thursday, February 10, 2005

Kenangan kasih nenekku

Inilah cerita yang disampaikan oleh orang yang ingin mencari jawapannya :


Ku terkenang sewaktu kecil bagaimana nenekku menjagaku. Dialah orang yang paling rapat. Selepas kematiaan kedua ibu bapaku, nenekku menjaga saya. Walau nenek sudah tua dan miskin, makan minumku dijaganya. Nenekku selalu berdoa pada tuhan-tuhan di tokong agar saya sentiasa sihat dan gembira.

Kami tinggal di sebuah rumah papan dan nenek tahu menanam sayur di atas tanah yang ditinggalkan oleh datuk. Upah sehariannya hanyalah 20 sen sahaja. Nenek hanya makan sikit dan memberikan makanan yang lebih pada saya. Kadang-kadang kami bertahan lapar. Nenek kata, kalau ada kasih dan usaha, ia dapat mengatasi segala-galanya. Walau nenek sudah lemah nenek pergi ke bandar untuk menjual sayur-sayur untuk mendapat duit. Bila nenek balik, badannya sakit-sakit. Namun nenek tetap senyum pada saya dan menasihati agar saya berusaha bersungguh-sungguh.

Kasih nenekku pada saya tiada terhingga. Sakitnya diketepikan menjaga kebajikkanku. Saya sayangkan nenekku.

Kini dua puluh tahun sudah berlalu. Nenekku sudah tidak ada lagi. Saya menerima kasih Yesus dalam hidupku. Di manakah roh nenekku sekarang? Saya sedih melihat kesudahan bagi mereka yang belum pernah mendengar Injil Yesus itu dan menerima Yesus sebagai Juruselamat.

Yang sedih

Wednesday, February 09, 2005

Gong Xi Xin Nien


Blessed Chinese New Year from Kebaktian Blog Home Page
May you have a joyous, healthy and
prosperous in what you do.
May you draw close more to Him,
Knowing Him, Loving Him &
Serving Him.
May the Lord fill your heart with joy &
longging for Him.
May His love & grace overflowing
in your heart.
May you commit yourself in the mission
He set for us.

A NEW YEAR PRAYER by Anon
Thou art the Way, the Truth, the Life;
Grant us that Way to know,
That truth to keep, that Life to win,
Whose joys eternal flow.

"The Chinese calendar is basically lunar, or based on the moon, consisting of 12 months ofalternately 29 and 30 days. This lunar year totals 354 days. To keep this calendar in stepwith the solar year of about 365 days, intercalary months are periodically inserted in muchthe same way they are in the Jewish calendar. One interesting feature of the Chinesecalendar is the naming of the years. Twelve animal names from ancient times have beenattached to years. These names, in order of their occurrence, are: rat, ox, tiger, hare,dragon, snake, horse, sheep, monkey, fowl, dog, and pig. This cycle of years is frequentlyused for astrological purposes, much the same way the 12 signs of the zodiac are used inthe West to describe personality traits and to tell fortunes."
~From Compton's Interactive Encyclopedia~

Monday, February 07, 2005

Pre Chinese New Year Dinner

Last Friday, 4th Feb 2005, me and my collegues went to a restaurant at Puchong.
Wow nice food!!! Would like to share it with you :



Yee Sang

Chicken Soup with wine

Prawns, Hoi Sam with mushrooms and veggies


Fish

How can we contextualize this to Biblical terms?

Saturday, February 05, 2005

Melayani Tuhan tidak mengenal usia

Adakah orang yang berusia tidak dapat melayani Tuhan?

Dilihat dalam kisah Musa bila beliau dipanggil Tuhan dalam usianya 80 tahun. Walaupun beliau memberikan pelbagai alasan tetapi beliau tidak pernah memberikan usianya sebagai alasan.

Usia tidak boleh dijadikan faktor penghalang atau alasan dalam tidak melayani Tuhan. Kalaulah orang itu sudah berusia dan tidak dapat berjalan mengelilingi dunia, orang itu boleh berlutut dan bawa dunia ini dalam doa. Baik yang muda atau tua, sama-sama memainkan peranannya dalam melayani Tuhan

Dalam sejarah, kita dapat melihat Dr Bill Bright, pengasas Campus Crusade for Christ, sewaktu usianya meningkat, beliau masih melayani Tuhan dalam penginjilan, doa serta puasa.

Philips Brooks, salah satu pendita yang terkenal di dunia sewaktu usianya 84 tahun.

Di gereja CDPC, saudara Lock Jam, seorang yang saya amat kagum serta hormati. Beliau masih melayani Tuhan walau usianya meningkat. Malah dia seorang deacon. Beliau pernah berkata untuk melayani Tuhan anda tidak perlukan jawatan. Masing-masing dapat melayani Tuhan.

Douglas MacArthur berkata, "Tiada seorang yang usianya meningkat hanya hidup membilang tahunnya. Orang menjadi tua hanya kerana meningkalkan ideanya. Orang usianya meningkat memang akan kulitnya akan kedut tetapi orang yang kehilangan minatnya, jiwanya akan kedut. Kebimbangan, kesangsian (tidak percaya), kecurigaan, ketakutan serta putus harapan ... inilah masa-masa yang lama yang menundukkan kepala dan membantutkan ketumbuhan rohani."
"Apa jua usia anda, dalam hati masing-masing adanya kasih, ketabahan yang ingin menempuh segala cabaran, berusaha bersungguh-sungguh, ingin bertanyakan "Apakah seterusnya" dan kebahagiaan"
"Anda yang muda seperti kepercayaanmu, yang tua seperti kesangsianmu, yang muda seperti keyakinanmu, yang tua seperti ketakutanmu , yang tua seperti ketakutanmu, yang muda seperti pengharapanmu, yang tua seperti putus harapanmu.,"

Oleh itu, saudara dan saudari biarlah kita melayani Tuhan dalam apa jua kita boleh. Sewaktu badan masih sihat, marilah melayani Tuhan. Tuhan melihatkan dalam hati masing-masing. Bukan usia, bukan kekayaan, bukanlah padangan secara fizikal. Hanya orang yang hatinya betul di mata Tuhan akan digunakan olehNya.


Friday, February 04, 2005

Perintah Allah : Hormatilah kedua ibu bapamu

Ada suatu kisah di Jepun pada zaman yang diperintah oleh Feudal, telah menjadi satu undang-undang di mana orang yang berusia lebih dari 70 tahun untuk di bawa ke gunung di daerah dibiarkan mati. Pada suatu hari, anak ini membawa ibunya ke gunung ini. Semasa dalam perjalanan, ibunya memetik ranting-ranting. Bila bertanyakan si anak ini, kenapakah ibunya berbuat demikian. Jawab ibunya, "Nak, saya tak mahu anak tersesat jalan sewaktu dalam perjalanan pulang nanti". Mendengarkan kata ibunya itu, terguris dalam dalam hatinya. Kasih ibunya itu membuat anak ini membawa ibunya turun dan disembunyikan daripada penglihatan orang-orang Feudal itu. Atas desakan orang ramai, orang-orang Feudal terpaksa meminda undang-undang untuk membenarkan anak menjaga ibunya sampai meninggal dunia.

Ada juga kisah yang serupa yang berlaku di Korea. Suatu hari, anak lelaki ini membawa ibunya ke hutan untuk dibiarkan mati. Mengikuti mereka itu adalah anak lelaki itu. Lelaki ini mendukung ibunya menggunakan pedati yang dipanggil "chigoe". Apabila mereka sampai ke suatu destinasi, cucu kepada ibu itu bertanyakan si ayahnya agar dia boleh membawa balik chigoe itu. Jadi ayah bertanyakan si anak itu kenapakah dia mahukan chigoe itu. Jawab si anak itu, "Ayah, bila ayah tua nanti, bolehlah anak bawa ayah ke sini menggunakan chigoe ini.". Lelaki itu sedar akan perbuatannya itu, maka dia pun membawa ibunya balik ke rumahnya dan dijaganya sampai ibunya meninggal dunia.

Hukum Tuhan kelima mengatakan "Hormatilah kedua ibu bapamu". Maksud hormat membawa kepada melayani dengan penuh tanggung jawab. Tuhan juga menghukum maut bagi orang-orang yang menghina ibu bapanya seperti tertulis dalam Keluaran 12:17, "Sesiapa yang mengutuk bapanya ataupun ibunya mesti dihukum mati".

Hukum Tuhan itu disertai dengan perjanjianNya dalam Keluaran 20:12, "... supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu." Rasul Paulus berkata dalam Efesus 6:1-3, "Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. "Hormatilah ibu bapamu" adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji : "supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi." Dilihat Tuhan menjaminkan kebahagiaan serta panjang umur kepada kita yang mentaati perintahNya.

Kenapakah Tuhan memberikan hukum atau perintah ini? Tuhan inginkan struktur kekeluargaan yang kuat. Anak-anak menghormati ibu bapanya dan ibu bapanya menyembah dan mentaati perintah Tuhan. Inilah susunan penciptaan yang diaturkan Tuhan. Sebarang pertentangan terhadap susunan penciptaan Tuhan ini akan melemahkan serta memusnahkan struktur kekeluargaan ini.

Ibu bapa kita berkerja keras serta memberikan kasihnya kepada anak. Diberikan makanan, minuman, pelajaran. Bila anak sakit, ibu bapa turut "sakit" juga dalam menjaga anaknya supaya dia sihat. Duit yang diperbelanjakan bukannya sedikit lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Sebagaiman ibu bapa kita mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anaknya, anak-anaknya kenalah mengasih mereka dan membalas jasa yang diberikannya itu.

Pada Tahun Baru Cina ini, marilah kita menghayati masa-masa bersama ibu bapa kita. Bukan sahaja makan bersama tetapi lebih penting ialah masa yang diluahkan bersama mereka itu. Marilah kita berdoa untuk kebaikkan mereka. "Ya Bapa kami di syurga, demi kemurahanMu, berikanlah kami kekuatan kepada kami untuk mentaati kedua ibu bapa kami"

Thursday, February 03, 2005

Mungkinkah aku pun serta

Lagun himne "Mungkinkah aku pun serta" membuatkan kita bertanyakan akan kasih Kristus 2000 tahun lalu. Beginilah Charles Welsey yang pernah memikirkan ...
  • Bagaimanakah pergorbanan Yesus yang lalu memberikan implikasi kepada kehidupan manusia hingga hari ini?
  • Bagaimanakah mustahilnya sehingga Anak Tuhan mesti mati untuk kita?
  • Kenapakah Tuhan merendahkan diriNya dari segala kemuliaanNya serta turun dari takhtaNya menjadi manusia, hidup di kalangan manusia "kaum Adam yang keji"

Setelah Charles Wesley menerima Yesus sebagai Juruselamatnya, inilah soalan-soalan yang timbul dalam pemikirannya. Setelah menempuh krisis kehidupannya dalam May 20, 1738, dengan bantuan Tuhan, beliau menulis : "Pada tengah malam itu, aku menyerahkan diriku kepada Yesus. Saya dipastikan selamat semasa saya tidur atau sebaliknya. Saya akan berterus untuk belajar dari pengalaman dalam menerima kuasaNya untuk mengatasi segala dugaan hidup. Saya bersaksi dengan hati yang gembira serta riang bahawasanya Dia dapat memberikan lebih kepadaku, lebih dari permintaan serta pemikiranku"

Walaupun Charles Wesley adalah seorang Arminian, dia mentaati perintah Tuhan serta hubungannya dengan Tuhan adalah mendalam. Tidak kiralah apalah categori teologi seseorang itu, yang mustahak dalam kehidupannya mencerminkan imannya kepada Tuhan melalui merenung Firman Tuhan setiap hari, menurut perintah Tuhan serta mengasihi orang lain. Orang itu dapat menerusi perubahan dalam hidupnya melalui Ruh Kudus.

Ini dapat digambarkan dalam sifat Charles dalam lagu himnenya Mungkinkan aku pun serta atau dalam bahasa Inggerisnya "And Can It be that I should Gain"


Mungkinkah aku pun serta
tertolong oleh darah-Nya?
Akulah pangkal siksa-Nya,
yang menyebabkan mati-Nya.
Agung benar, ya Tuhanku:
Engkau tersiksa gantiku!

Ref:
Agung benar, ya Tuhanku:
Engkau tersiksa gantiku!


Para malak sekalipun
Tiada dapat mengerti
Apa sebabnya Yang Kudus
Menanggung siksa yang keji.
Kasihnyalah alasannya
Menanggung dosa dunia.

DitinggalkanNya takhtaNya
dan masuk dunia yang cemar;
ditanggalkanNya kuasaNya,
terdorong kasih yang besar
dan aku pun tertolonglah,
Terpilih jadi milikNya.

Jiwaku lama menjerit,
dipasung dosa yang seram.
SuryaMu bagiku terbit;
penjaraku pun benderang.
Terbukalah pasunganku;
’ku bangkit dan mengikutMu.

Di dalam Yesus Penebus
hukuman dosa hilanglah.
Kudapat hidup yang kudus,
jubahku kebenaranNya;
’ku mendekat ke takhtaMu
hndak terima tajukku.

And Can It Be That I Should Gain

And can it be that I should gain
An interest in the Savior’s blood?
Died He for me, who caused His pain—
For me, who Him to death pursued?
Amazing love! How can it be,
That Thou, my God, shouldst die for me?
Amazing love! How can it be,
That Thou, my God, shouldst die for me?

’Tis mystery all: th’Immortal dies:
Who can explore His strange design?
In vain the firstborn seraph tries
To sound the depths of love divine.
’Tis mercy all! Let earth adore,
Let angel minds inquire no more.
’Tis mercy all! Let earth adore;
Let angel minds inquire no more.

He left His Father’s throne above
So free, so infinite His grace—
Emptied Himself of all but love,
And bled for Adam’s helpless race:
’Tis mercy all, immense and free,
For O my God, it found out me!
’Tis mercy all, immense and free,
For O my God, it found out me!

Long my imprisoned spirit lay,
Fast bound in sin and nature’s night;
Thine eye diffused a quickening ray—
I woke, the dungeon flamed with light;
My chains fell off, my heart was free,
I rose, went forth, and followed Thee.
My chains fell off, my heart was free,
I rose, went forth, and followed Thee.

Still the small inward voice I hear,
That whispers all my sins forgiven;
Still the atoning blood is near,
That quenched the wrath of hostile Heaven.
I feel the life His wounds impart;
I feel the Savior in my heart.
I feel the life His wounds impart;
I feel the Savior in my heart.

No condemnation now I dread;
Jesus, and all in Him, is mine;
Alive in Him, my living Head,
And clothed in righteousness divine,
Bold I approach th’eternal throne,
And claim the crown, through Christ my own.
Bold I approach th’eternal throne,
And claim the crown, through Christ my own.


Wednesday, February 02, 2005

Blessed Chinese New Year

"Blessed Chinese New Year"
Kebaktian wishes all Chinese brothers and friends a Blessed Chinese New Year...
For those who balik kampung, enjoy yourself, please be careful when driving.